https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pejabat Pas Bukan Pejabat Imigresen Akhirat Untuk Dapat Visa Syurga


1.Kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa menyokong atau menyertai PAS boleh membawa seseorang ke syurga adalah kenyataan yang sangat berat dan perlu ditegur dengan tegas.

2.PAS boleh meminta rakyat menyokong PAS.PAS boleh mengajak rakyat mengundi PAS.Tetapi PAS tidak pernah diberi mandat oleh Allah SWT untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga.

3.Syurga bukan milik PAS. Syurga milik Allah.Jangan sampai PAS berlagak seperti penjaga pintu syurga, siapa pangkah PAS dibukakan pintu, siapa tidak pangkah pula disuruh menunggu di luar.

4.Kalau benar satu undi kepada PAS boleh menjadi tiket ke syurga, saya ingin bertanya secara terus.Sejak bila kertas undi menjadi pasport ke akhirat dan sejak bila sebuah parti politik diberi kuasa menentukan destinasi akhirat manusia?.

Jangan sampai kerana terlalu ghairah mengejar kemenangan politik, syurga pula dijadikan mata wang untuk membeli undi rakyat.

5.Islam mengajar kita bahawa yang menentukan kedudukan manusia di sisi Allah ialah iman, takwa, amal soleh, keadilan, amanah dan rahmat Allah SWT. Bukannya warna bendera, logo parti atau nombor calon di atas kertas undi.

6.Lebih membimbangkan, kenyataan seperti ini boleh mewujudkan persepsi bahawa orang Islam yang memilih parti lain seolah-olah berada di jalan yang salah dan tidak berbau Syurga.

7.Kalau undi PAS tiket ke syurga, apa pula nasib orang Islam yang tidak undi PAS?

“Kalau jadi Ahli, undi dan sokong PAS membawa ke syurga, adakah orang Islam yang tidak jadi Ahli tidak mengundi dan tidak sokong PAS akan dianggap masuk neraka?”

8.Pejabat PAS bukan kaunter Imigresen akhirat.Tunjuk Sijil Ahli PAS dan Undi PAS dapat Cop Syurga.

Ini bukan cara yang sihat untuk membawa Islam dalam politik.

PAS bukan Islam.Islam jauh lebih besar daripada PAS.

9.Kalau benar mahu menjadikan politik sebagai perjuangan Islam,bercakaplah tentang amanah,keadilan,rasuah, kemiskinan,pendidikan,kebajikan rakyat dan akhlak pemerintahan.Tunjukkan dengan pentadbiran dan perbuatan bukan dengan mendakwa sokongan kepada parti sebagai tiket akhirat.

10.Saya ingin mengingatkan semua Pimpinan Politik "Parti boleh meminta undi, tetapi parti tidak boleh menjual syurga. Parti boleh mendakwa membawa Islam, tetapi jangan sampai mengambil alih tempat Allah dalam menentukan siapa yang mendapat syurga.”

Jangan jadikan peti undi seperti kaunter imigresen.Pangkah PAS, kemudian terus dapat dicop “syurga”.

Itu bukan hak Takiyuddin.Itu bukan hak PAS. Itu hak mutlak Allah SWT.

11.Dalam demokrasi, rakyat menentukan siapa yang memerintah melalui undi. Dalam soal akhirat, hanya Allah menentukan siapa yang mendapat rahmat dan syurga-Nya.

Maka saya menyeru semua parti politik, khususnya parti yang membawa nama Islam, agar berpolitik dengan akhlak dan tawaduk.Jangan kerana mahu menang pilihan raya, syurga dijadikan umpan dan agama dijadikan senjata.

Undi rakyat jangan diperdagangkan dengan janji syurga.

Syurga bukan milik PAS. Syurga milik Allah.

MAHFUZ OMAR
NAIB PRESIDENbr> PARTI AMANAH NEGARAbr>br> ISNIN 7 SEPT 2026br> KUALA LUMPUR.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.