https://critoxium.com/shop/

Terkini

Awasi usaha pecah-belah pembangkang



Oleh Abd Shukur Harun

Memang wajar Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mengingatkan supaya semua pihak berwaspada akan usaha pihak tertentu untuk memeca-belahkan gabungan pakatan pembangkang.

Katanya, gabungan beberapa parti yang membentuk ‘blok ketiga’ adalah menjadi alat untuk memecah-belahkan pembangkang.

Dalam satu kenyataannya beliau berkata, semuanya ini terhasil daripada suatu perancangan sulit dan rapi pihak yang berkenaan selepas Pakatan Harapan dilihat mendapat sambutan daripada rakyat.

Disebabkan itu, katanya, kewujudan blok ketiga itu dijangka boleh memberi sumbangan kepada kemenangan BN.

Justeru, katanya, rakyat mesti diyakinkan bahawa kewujudan blok ketiga terbabit memang satu perancangan rapi untuk melemahkan pakatan pembangkang.

Memanglah menjelang PRU ke-14 ini pelbagai karenah berlaku untuk menghalang kemenangan gabungan Pakatan Harapan+Bersatu untuk mencapai kemenangan.

Oleh itu, gabungan mega pembangkang ini hendaklah kerap mengadakan mesyuarat supaya dapat membincangkan maklumat terkini mengenai perkembangan yang berlaku dan mengatur strategi yang mantap untuk mencapai kemenangan.

Di samping itu disegerakan perbincangan mengenai manifesto bersama dan symbol bersama. Semuanya ini boleh menghalang segala usaha pihak yang hendak memecahbelahkan pembangkang.

Kita perlu menyokong usaha Amanah dan parti rakan dalam Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk melaksanakan kempen besar-besaran ke seluruh negara supaya rakyat benar-benar faham bahawa pakatan blok ketiga adalah proksi BN walaupun mereka menegaskan mereka tidak bersama Umno/BN.

Pas bersama parti lain membentuk kerjasama berasingan dan menganggap mereka sebagai ‘blok ketiga" – sesuatu yang dilihat aneh dan penuh tanda tanya. Menurut Salahuddin, semuanya ini diwujudkan sebagai satu lagi pilihan kepada pengundi selain BN dan Pakatan Harapan. Tentulah semuanya ini wajar difahami oleh rakyat supaya tidak dikelirukan.

Dalam masa yang sama kita juga perlu memberi perhatian akan kenyataan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan yang berkata, Pas terpaksa mencipta blok ke-3 dengan strategi ‘king maker’ yang mahu mencorakkan pendekatan yang tidak memihak.

Sany mempunyai alasan apabila mengatakan bahawa mengundi blok ke-3 adalah umpama membuang undi ke tong sampah kerana ia tidak mampu memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa dalam PRU akan datang.

Menurutnya, blok ke-3 adalah seperti calon bebas yang tidak mampu untuk membuat perubahan kepada tampuk pemerintahan negara. 

Memang rakyat wajib menolak parti politik yang hanya ingin menjadi King Maker dan kelihatan pro-BN. Pihak ini tentunya mesti ditolak dan tidak wajar sama sekali untuk diberikan mandat dalam PRU14 akan datang.

Sementara itu hentikanlah segera segala usaha untuk memujuk Pas menyertai gabungan pembangkang, justru langlah ini hanya membuang masa dan tenaga dan tidak berfaedah sama sekali.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.