Majlis Bandaraya Shah Alam lancar bas elektrik pertama
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini
melancarkan dua unit bas elektrik bagi merealisasikan matlamat bandar
raya rendah karbon menjelang 2030.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata perkhidmatan bas percuma itu menggantikan dua unit bas diesel sedia ada yang disediakan untuk kegunaan orang awam yang menghubungkan Seksyen 19 dan 7 melalui pusat bandar di Seksyen 2, 3, 6 dan 7.
Beliau berkata MBSA mengambil inisiatif untuk menggunakan bas elektrik berdasarkan permintaan yang tinggi dan kadar bilangan penumpang yang semakin meningkat iaitu sekitar 100,000 penumpang sebulan.
"Tujuan perkhidmatan bas percuma yang mesra alam ini diperkenal sebagai
salah satu inisiatif hijau pihak MBSA yang mensasarkan pengurangan
karbon sebanyak 45 peratus iaitu sebanyak 31,914.54 tan," katanya kepada
pemberita selepas menaiki bas elektrik itu mengelilingi pusat bandar
raya Shah Alam.
Bas itu boleh memuatkan 67 penumpang termasuk Orang Kelainan upaya (OKU) dan dilengkapi panel LED, sistem kamera litar tertutup dan Wifi.
Ahmad Zaharin berkata MBSA juga merancang menambah lebih banyak lagi bas elektrik pada masa hadapan.
Perkhidmatan bas itu beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Ahad bermula 6 pagi sehingga 10 malam. -- BERNAMA
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata perkhidmatan bas percuma itu menggantikan dua unit bas diesel sedia ada yang disediakan untuk kegunaan orang awam yang menghubungkan Seksyen 19 dan 7 melalui pusat bandar di Seksyen 2, 3, 6 dan 7.
Beliau berkata MBSA mengambil inisiatif untuk menggunakan bas elektrik berdasarkan permintaan yang tinggi dan kadar bilangan penumpang yang semakin meningkat iaitu sekitar 100,000 penumpang sebulan.
Bas itu boleh memuatkan 67 penumpang termasuk Orang Kelainan upaya (OKU) dan dilengkapi panel LED, sistem kamera litar tertutup dan Wifi.
Ahmad Zaharin berkata MBSA juga merancang menambah lebih banyak lagi bas elektrik pada masa hadapan.
Perkhidmatan bas itu beroperasi setiap hari dari Isnin hingga Ahad bermula 6 pagi sehingga 10 malam. -- BERNAMA




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.