Ramadhan Rahmat Untuk Semua
Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
1. Wahyu berkaitan perang, hendaklah diaplikasikan tuntutannya ketika suasana perang. Larangan berbaik-baik dgn non muslim, sama ada larangan mengambil mereka sebagai wali, perintah menangkap dan membunuh, semuanya dalam suasana perang, bukan suasana damai. Dalam suasana perang kedua-dua belah pihak akan memburu dan membunuh pihak yg menjadi musuhnya. Itu tabiat perang.
2. Perang di sini maksudnya peperangan bersenjata. Pada zaman Nabi, ia bukan berlaku 30 hari sebulan. Nabi tidak menghunus pedang sepanjang masa. Para sahabat juga bukan semuanya mati syahid dlm medan jihad peperangan. Ramai sahabat yg menjadi ilmuan, duta, pegawai kerajaan, sasterawan, arkitek, engineer, usahawan, bukan semuanya jadi tentera. Nabi juga tidak menjadi general tentera 24 jam.
3. Malaysia pada masa kini bukan dalam suasana perang. Non muslim dlm negara ini bukan kafir harbi sebab sistem pemerintahan negara ini bukan sama seperti sistem pemerintahan ketika istilah kafir harbi itu diperkenalkan. Non muslim dalam negara ini adalah warganegara. Mereka punya hak dan tanggungjawab selaku warganegara sama seperti orang Islam juga.
4. Sebarang tindakan yg boleh mengeruhkan hubungan baik muslim - non muslim dalam negara ini adalah tindakan tidak bertanggungjawab. Ia ibarat meruntuh jambatan keharmonian yg sudah terbina. Sewajarnya seorang muslim menggiatkan usaha dakwah melalui penampilan syakhsiyyah muslim terpuji utk menarik non muslim kpd naungan Islam, bukan menimbulkan kecurigaan mereka kpd muslim dan Islam.
5. Semua pihak akan rugi bahkan negara akan ranap jika keharmonian hubungan muslim - non muslim tercalar. Islam akan menerima tempias buruknya. Paling tragis, jika Islam atau orang Islam dikata sebagai pemula atau pencetus kpd krisis ini. Kecalaran imej Islam dek kecerobohan orang Islam dlm hal ini memerlukan bukan sedikit masa dan tenaga utk memulihkannya.
6. Mengungkit sejarah silam tentang kekeruhan hubungan muslim - non muslim dlm konteks tadi bukan suatu kebijakan. Jika mahu diungkit sejarah perangai buruk Abu Jahal, sampai bilakah keharmonian interaksi muslim - non muslim akan terpasak? Manusia non muslim dlm realiti kehidupan kita pada hari ini, dalam negara ini bukan Abu Jahal atau Abu Lahab.
7. Tindakan mana-mana pihak, terutama pihak yg bermotif politik dgn maksud meraih sokongan kelompok Melayu - Islam melalui penerusan sentimen perkauman - keagamaan melulu seperti yg berlaku dlm tempoh terdekat ini dalam isu buku Menjadi Hannah, seharusnya dinoktahkan. Negara ini punya warga yg pelbagai dan kepelbagaian itulah keistimewaannya yg menjadi lanskap politik negara yg wajar diperindahkan.
8. Sementara non muslim juga wajar memelihara keharmonian ini dalam konteks tanggungjawab sebagai warganegara, agenda ini mesti diteruskan dan dipertahankan oleh muslim selaku peneraju utama. Muslim mesti dilihat sangat istiqamah dan iltizam dgn agenda ini. Jangan sama sekali muslim dilihat pemula langkah pencalar keharmonian ini kerana risikonya ialah, Islam akan dipandang serong dan sinis.
9. Justeru, persoalan yg boleh dirungkai melalui debat ilmiah jangan diheret ke medan mencari populariti, kemudian disalut dengan pemanis agenda politik kepartian, diikuti dgn taburan sentimen Melayu - Islam yg mendorong suasana tidak selesa segenap lapisan warganegara. Ia berpotensi berkembang menjadi api perkauman yg sangat menakutkan. Noktahkanlah.
10. Para ilmuan mesti membimbing masyarakat bukan sekadar menghayati bahkan menyuburkan keharmonian hubungan muslim - non muslim dlm negara ini. Mereka seharusnya optimis bukan pesimis. Ilmu sifatnya mencerahkan bukan merimaskan. Ilmuan ibarat lampu bukan puntung api. Tugas ilmuan memadamkan api sengketa, bukan mengipasnya demi populariti dan habuan. Menara gading adalah penebar kasih sayang bukan kebencian. Sementara fakta sejarah menjadi teladan bukan senjata utk menikam.
11. Agenda mempertahan, menyubur dan memperkasa keharmonian interaksi muslim - non muslim dlm negara ini merentas semua sempadan apatah lagi sempadan agenda politik kepartian. Ini adalah agenda agama dan ummah, khususnya agenda dakwah. Mengajak manusia kepada Allah adalah perkataan terbaik menurut penegasan wahyu.
12. Sempena Ramadan yg mulia ini, orang Islam wajib merebut manfaat rahmat yg datang bersamanya utk dilebarkan kpd semua makhluk manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Ramadan adalah anugerah Allah utk semua, bukan khusus kepada muslim saja. Jika muslim beroleh taqwa lantaran ketibaan Ramadan, apa salahnya nikmat taqwa itu dihidang utk dinikmati oleh semua orang.
Pengarah Syariah Amanah,
Arau, Perlis

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.