Telusnya Najib Pindahkan Wang RM9.5 Juta Kepada Shafee
Oleh Onn Abu Bakar
Saya
terkesima membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh anggota Majlis
Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin yang menyatakan bahawa
parti Umno mempunyai seorang presiden yang telus.
Di manakah ketelusan yang dilihat dan ada pada diri Najib Razak? Sedangkan dunia secara umum mengetahui pelbagai skandal yang terkait dengan seorang Perdana Menteri Malaysia.
Inilah yang susah apabila sudah terlalu banyak sangat 'dedak' telah dimakan oleh pimpinan Umno.
Yang menjadi permasalahan sekarang ini ialah duit yang kerapkali disalurkan itu ialah duit rakyat.
Pendedahan Sarawak Report bahawa Najib Razak telah memindahkan wang daripada akaun persendirian kepada akaun pendakwaraya khas, Shafee Abdullah sebanyak RM9.5 juta.
Saya nak bertanya lagi sekali. Di manakah ketelusan Najib Razak dalam hal ini?
Saya menggesa Najib Razak dan Shafee Abdullah untuk menyaman Sarawak Report jika ianya adalah fitnah kerana ia secara tidak langsung mengesahkan kes Fitnah II Anwar Ibrahim hanyalah bermotifkan politik.
Penyelaras Parlimen Sembrong
Ahli Majlis Pimpinan Wilayah Persekutuan
Parti KEADILAN Rakyat

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.