Bajet 2018 bakal umum sesuatu untuk tahfiz, kata Najib
KUALA LUMPUR: Kerajaan bakal mengumumkan peruntukan kepada sekolah tahfiz menerusi pembentangan Bajet 2018 Oktober ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata langkah itu sebahagian daripada komitmen kerajaan memastikan sekolah tahfiz selamat, kesan daripada tragedi kebakaran Darul Quran Ittifaqiyah di ibu negara baru-baru ini yang meragut 23 nyawa.
“Kerajaan akan umum sesuatu dalam Bajet 2018 berhubung kedudukan sekolah tahfiz di negara ini. Majlis tertinggi Umno berharap kerajaan bertindak secara tegas, terutamanya soal keselamatan pelajar,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
Kerajaan sebelum ini menggesa sekolah tahfiz berstatus ragu supaya berdaftar dengan pihak berkuasa bagi membolehkan pemantauan lebih ketat dari segi kurikulum, prasarana dan keselamatan, di samping penyaluran bantuan.
Gesaan itu selepas aduan orang ramai yang mendakwa pusat tahfiz tumbuh tanpa pengawasan, terutamanya selepas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata Darul Quran Ittifaqiyah beroperasi tanpa kelulusan bomba, dan sebelum ini kes kematian seorang pelajar tahfiz di Johor, Mohd Thaqif Amin Mohd Gaddafi.
Dalam laporan FMT sebelum ini, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Haris Kasim berkata terdapat pengusaha sekolah tahfiz swasta tidak mendaftar dengan pihak berkuasa kerana tidak mahu mematuhi piawaian yang ditetapkan.
“Antara syarat ditetapkan adalah mereka mesti dapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan bomba. Itu perkara yang mereka gagal sediakan,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Najib mengesahkan Perhimpunan Agung Umno ke-17 akan diadakan pada 5 hingga 9 Disember ini.
“Mesyuasat MT hari membincang pengurusan tentang beberapa program yang akan dianjurkan sekitar perhimpunan
“Saya memaklumkan PAU akan diadakan 5 Disember ini, dan sambutan dijangka meriah dan positif,” katanya.
Pada 26 Jun 2015, Najib mengumumkan pemilihan Umno yang sepatutnya diadakan pada 2016 ditangguh selama 18 bulan bagi memastikan kemantapan parti menghadapi PRU14.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.