PAS ada kekuatan sendiri hadapi PRU14, kata Hadi
Beliau berkata, PAS mempunyai sebanyak 7,000 cawangan di 195 kawasan di seluruh negara dan sentiasa berdiri dengan kekuatan sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana parti lain.
“Kehadiran hampir 200,000 penyokong PAS di Himpunan Fastaqim 2.0 di Tok Jembal di sini (misalnya) mencerminkan sokongan padu anggota dan kekuatan parti dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 tidak lama lagi.
“Penganjuran Fastaqim 1.0 di Kota Bharu, Kelantan pada 2 tahun lalu turut mencatat kehadiran penyokong yang sama dan ketika itu kita masih bersama Pakatan Rakyat.
“Bila (pakatan) dibatalkan, kita tak ada masalah, kita ada kekuatan kita sendiri,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam bersama pertubuhan bukan kerajaan di sini malam tadi.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.