https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kenapa Anak Muda Enggan Daftar

Oleh Mohd Sayuti Omar

SPR mendapati anak muda merupakan golongan terendah mendafar diri sebagai pengundi. Manakala dari 30,000 pelajar disebuah universiti hanya 2,700 sahaja yang mendaftar sebagai pengundi.

Angka ini membimbangkan dan SPR patut mencari solusi untuk mengatasinya. Sebenarnya ia bukan kerana masalah kempen, -- kurang dan tidak berkesan, tetapi persepsi dan penerimaan golongan muda kepada politik itu sendiri. Mereka bersikap prejudis.

Mereka tidak nampak apakah manfaat dan kesan mengundi (politik) langsung buat mereka. Misalnya mahasiswa tentu mereka berfikir politik tidak dapat mengatasi masalah mereka.

Keluar universiti bukan ada kerja yang boleh diisi, setengah menganggur sampai ke tua. Mereka juga ditekan dengan hutang pinjaman.

 Jadi untuk apa mereka menjadi pengundi. Pengalaman dilalui mahasiswa sebelum mereka mempengaruhi mereka, tidak peduli kepada politik.

Bagi mereka masalah itu adalah disebabkan politik, politik tidak memberi jaminan hidup buat mereka.

Keadaan ini, enggan daftar mengundi ada kaitan dengan kerajaan hari ini tidak menyediakan peluang pekerjaan kepada mereka.

Mungkin mereka berfikir politik hanya untuk kepentingan golongan tua dan golongan menggunakan politik untuk cari makan untuk kesenangan diri dan kroni mereka sahaja.

Boleh jadi juga mereka melihat kesan daripada politik tidak seberapa. Mereka mengetahui parti2 pembangkang sudah berbueh mulut menegur kerajaan tetapi satu pun tidak dipedulikan.

Misalnya isu 1MDB sudah lama pembangkang menegur dan memberi peringatan tetapi tidak diedanhkan.

Kritikan pula lebih banyak membawa risiko kepada diri sendiri. Politik yang tidak ada integriti tidak menarik minat mereka.

Selain itu juga mungkin kerana mereka ragu kepada integriti SPR itu sendiri yang terus terang menjadi alat dan "kera duku" kepada parti pemerintah.

Cuba perbetulkan persepsi dan tanggapan ini mungkin anak muda akan "berkebuk" mendaftar diri sebagai pengundi.

 Dalam kata lain SPR kena betulkan perjalanan dan tanggungjawabnya dahulu sebelum melihata kelemahan di pihak lain. Trims.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.