Tiada e-voting dalam PRU14 - SPR
PUTRAJAYA: Pengundian
secara atas talian atau e-voting tidak akan berlaku di negara ini dalam
masa terdekat, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri
Mohd Hashim Abdullah.
Katanya, banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum kaedah itu dapat diluluskan pihak berkuasa dan dilaksanakan.
"Pilihan raya merupakan isu yang sensitif. Kita perlu lakukan kajian
terlebih dahulu sebelum melaksanakannya malah ada negara yang telah
melaksanakannya kembali kepada kaedah manual,
"Malah ia juga melibatkan pindaan undang-undang dan untuk melakukan perkara itu agak sukar ketika ini," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran aplikasi mudah alih semakan daftar pemilih 'MYSPR Semak' sempena Sambutan Ulang Tahun ke-60 SPR di Menara SPR di sini, hari ini.
Tambahnya, persepsi negatif masyarakat terhadap SPR juga perlu diubah terlebih dahulu sebelum e-voting dilaksanakan.
Katanya, banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum kaedah itu dapat diluluskan pihak berkuasa dan dilaksanakan.
"Malah ia juga melibatkan pindaan undang-undang dan untuk melakukan perkara itu agak sukar ketika ini," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran aplikasi mudah alih semakan daftar pemilih 'MYSPR Semak' sempena Sambutan Ulang Tahun ke-60 SPR di Menara SPR di sini, hari ini.
Tambahnya, persepsi negatif masyarakat terhadap SPR juga perlu diubah terlebih dahulu sebelum e-voting dilaksanakan.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.