“Bersihkan Malaysia dari Najis Rasuah”
Oleh Pengerusi Pakatan Harapan
Pakatan Harapan bertekad menjadikan Malaysia di antara 10 negara paling bersih di dunia menjelang 2030.
Untuk
setiap satu ringgit yang dicuri dengan rasuah, maka kuranglah satu
ringgit peruntukan pembangunan sekolah. Untuk setiap sepuluh ringgit
yang dicuri dengan rasuah, maka kuranglah sepuluh ringgit subsidi
perubatan hospital kerajaan. Berbilion ringgit telah hilang akibat Najis
Rasuah yang diamal pimpinan utama UMNO-BN.
Skandal-skandal
mega yang dibongkar sejak Dato’ Sri Najib Razak menjadi Perdana Menteri
membuka mata rakyat bahawa Rasuah itu Najis yang mengotori dan
menghancurkan badan-badan seperti 1MDB, MARA, FELDA, Tabung Haji, KWAP
dan YAPEIM. Negara boleh bankrap kerana Najis rasuah.
Wang
lebih RM 20 bilion yang dicuri dalam skandal mega 1MDB sebenarnya boleh
membina 460,000 rumah kos rendah, menyediakan pendidikan percuma, atau
membina 50 buah hospital baru.
SPRM
sekarang melapor terus kepada Perdana Menteri. Mereka hanya berani
menangkap dan mendakwa “ikan bilis” - pegawai-pegawai rendah kerajaan
atau pimpinan pertengahan kerajaan. “Ikan-ikan jerung” seperti MO1 yang
merasuah masih bebas.
Apabila
pemimpin atasan mencuri wang rakyat menerusi amalan rasuah dan salah
guna kuasa, kita lah yang terpaksa bayar hutang negara dengan cukai GST,
kenaikan harga minyak dan potongan subsidi beras, gula dan minyak
masak.
Pakatan
Harapan berikhtiar untuk membersihkan Malaysia dari Najis Rasuah,
bermula dari pimpinan tertinggi kerajaan. Kami bertekad untuk menjadikan
Malaysia antara 10 negara paling bersih mengikut Indeks Persepsi
RasuahTransparency International menjelang tahun 2030.
Maka selepas menang PRU14, kami akan melaksanakan agenda anti-rasuah seperti berikut:
5 Tindakan dalam 100 Hari Pertama Kerajaan Pakatan Harapan:
1. Menangkap MO1 dan “ikan-ikan jerung” lain;
2. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) terhadap penyelewengan wang rakyat melalui 1MDB dan FELDA;
3.
Menubuhkan sebuah badan bebas yang akan berusaha mengembalikan aset dan
wang rakyat yang telah dicuri atau diseleweng melalui rasuah;
4. Menjadikan SPRM sebuah badan bebas yang melapor terus kepada Parlimen; dan
5. Menghapuskan amalan runding terus (direct nego) untuk semua kontrak kerajaan.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.