https://critoxium.com/shop/

Terkini

Mari anjur festival candu di Beijing!

Oleh Subky Latif 

BILA Tok Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat Berjaya membentuk kerajaan bersama Islam di Kelantan tahun 1990, MCA Kelantan dengan penuh provokatif menganjurkan pesta minum arak di negeri itu.

Banyak pihak mengira cadangan itu kurang ajar. Kita tidak ingat reaksi Umno. Ia sukakah atau menentang? Sikap Umno penting kerana MCA saudara pentingnya.

Adakah ia memerlukan permit?

Jika perlu siapakah yang memberi permit? Poliskah atau perbandaran Kota Bharukah?

Kerajaan PAS dengan menteri besar Tok Guru yang belum ada pengalaman berkeras tidak mengizinkannya, tetapi MCA berkeras hendak mengadakannya juga. Tiada cara Tok Guru hendak melarangnya melainkan berkata: “Lantaklah ia berpesta sampai pecah perut!”

Sekonyong-konyong MCA tidak meneruskan.

Festival yang sama dianjurkan pula di Kuala Lumpur atau di mana-mana di Malaysia yang berperingkat global yang diiklankan terbuka kepada orang seluruh dunia. Berbondong- bondong orang asing hendak datang kerana bersukasukaan ia seperti satu galakan pelancongan buat negara.
Mungkin MCA teruja kerana ia suatu yang pernah cuba menganjurkannya 27 tahun dulu di Kelantan.
Dan ia juga satu pe luang baginya berseronok bersama DAP, MIC, Gerakan dan lain-lain. Tiada lain kesempatan MCA dan DAP boleh bermesra. Pesta ini boleh menyatukan semua menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 ini.

Yang lantang menentang bia sanya PAS. Jika kedatangan rombongan muzik gila yang tidak mengiklankan arak pun ia tentang mati-matian, apa lagi segala macam arak hendak dipromosikan.
Secara umum umat Islam termasuk Umno rasa tercabar dan mengira anjuran itu suatu yang baik bukan saja kerana cinta Islamnya tetapi ia merosakkan kemanusiaan.

Hanya orang yang suka kepada lambakan pasaran candu di China semasa penjajah Inggeris masuk ke tanah besar itu dulu suka dengan projek memusnahkan kemanusiaan itu. Memperdagang candu besar- besaran bagi umat China adalah satu tragedi buruk bangsa itu sepanjang zaman.

Pencabulan Inggeris terhadap bangsa China itu tentunya memalukan kebanyakan bangsa Inggeris di dunia. Mereka wajar mengutuk perbuatan segelintir biadap Inggeris yang datang ke China masa itu.

PAS tetap mengutuk tindakan Inggeris di China dulu. Jika ia benci pada pesta minum arak tonggang langgang diadakan di Darul Wasatiah Malaysia, dengan roh Islam yang sama ia benci dengan limpahan candu bagi memusnahkaan kemanusiaan bangsa Cina dulu.

MCA dan DAP mesti bersama PAS mengutuk anjuran pesta arak itu. Jika MCA dan DAP bersikap terbuka dengan pesta arak itu adakah ia suka dengan pe rang candu terhadap China dulu? Jika ia suka dengan pesta arak itu maka ia seolaholah suka dengan perang candu dulu.

Bagaimana kalau MCA dan DAP dengan kerjasama pihak di negeri China menganjurkan pesta candu dan samsu di Beijing dan MIC jika minat juga dengan pesta arak itu cari rakan kongsi anjurkan pesta minum todi di Delhi.

Mungkin candu dan samsu tidak boleh disamakan dengan bermacam jenama arak dari segi kesan kebinasaan segeranya kepada manusia. Memang kesan candu dan dadah itu jauh lebih teruk dari arak, tetapi arak yang dipesta secara halal di pasaran terbuka adalah permulaan kepada madat candu dan dadah.

Pujangga Inggeris Bernard Shaw pernah ditanya sosialisme dan komunisme. Jawabnya, sosialisme adalah “abc” kepada komunisme. Jika kita setuju komunis itu paksi keganasan dan ancaman, maka so sialis adalah ancaman pe ringkat awal yang perlu diwaspadai.

Pencarum arak mungkin tidak seteruk penagih candu.

Tetapi arak adalah memabukkan.

Pada masa kaki botol tidak sedar diri disumbatkan dadah dan candu ke mulut dan hidungnya atau ditusuk madat itu kepada badannya, maka dia adalah bakal penagih dadah yang berpotensi.

Arak itu memang ada kebaikan nya. Ketika Islam bermula di Makkah, Quraisy ratarata pengguna arak. Masingmasing ada stok bertempayan.

Ia tidak diharamkan kerana sekalipun ada kebaikannya, buruknya le bih banyak. Kemudian ada yang solat bercelaru bacaan solatnya. Turun perintah jauhi solat ketika mabuk.

Sesudah itu barulah arak itu diharamkan sekalipun baiknya ada, tetapi buruk lebih banyak samalah seperti dadah itu ada baik nya tetapi bahayanya ialah di salahgunakan.

Semua hospital di dunia bukan saja di Las Vegas tetapi di Makkah dan Madinah menggunakan ubat yang ada zat dadah.

Ia memberi sumbangan penting dalam rawatan. Tetapi dunia seluruhnya berhadapan dengan wabak dadah sebagai ancaman kemusnahan kemanusiaan.

Sekalipun senjata nuklear memusnahkan seramai-ramai manusia sekali gus – terbunuh dan menderita yang tiada taranya, tetapi senjata itu amat jarang digunakan. Cuma terjadi apabila ada peperangan.

Akan tetapi dadah sebagai candu yang baru, mengambil masa membunuh mangsanya, baik dalam masa aman atau peperangan.

Mangsanya merebak ke semua alam bila-bila masa.

Terbaru gara-gara dadah yang tidak mengenal mangsa, kanak-kanak awal belasan tahun terpengaruh, berpakat membakar sekolah tahfiz di Datuk Keramat, Kuala Lumpur membunuh 21 pelajar al-Quran dan dua gurunya. Yang terbunuh kanak-kanak dan yang membunuh kanak-kanak.

Kanak-kanak itu belum minum arak, tetapi dadah yang melanda masyarakat kanakkanak pun terlibat.
Keburukan arak terhadap masyarakat yang tidak mengharamkan arak tidak perlu diceritakan lagi. Tetapi bangsa itu sudah hilang kemanusiannya. Yang cacatnya kemanusiaannya samalah dengan haiwan.

Haiwan tidak menggunakan otak dan sedia buat apa saja. Macam itu jualah kaki botol.

Bangsa itu jadi begitu bukan kerana bangsanya dijadikan begitu. Sistem kenegaraan tidak mengira arak itu lebih banyak buruk dari baik, menjadi warga negara itu demikian kemanusiaan. Sekalipun bangsa itu jadi begitu ada juga yang terpuji dalam kalangannya.

Dag Hammarskjold, setiausaha agung Bangsa-Banga Bersatu pada zaman perang Congo, Perdana Menteri India Pandit Nehru dan Lee Kuan Yew, perdana menteri Singapura di ketahui sebagai puritan, tidak minum arak dan tidak kaki perempuan.

Yang minum arak tak tahu apa mereka buat.

Kaki botol berhempas pulas berhenti minum. Amat payah se perti payahnya perokok berhenti merokok. Yang berhenti minum tak boleh lihat orang minum dan ada botol arak.

Mereka minum juga. Sedang arak ada di mana-mana. Kerajaan kata, pesta itu diharamkan.
Ada tanda-tanda ia dilarang bukan kerana buruknya lebih banyak dari baik, tetapi ia boleh dijadikan tempat mengedar dadah. Betapa arak itu haram dari segi Islam dan Islam agama persekutuan tidak dijadikan keutamaan melarangnya.

Yang amat ditakuti kerana ia peluang dadah bebas diedar.

Memang dadah lebih te ruk dari arak, tetapi arak adalah punca semua maksiat. Pembunuh tak semestinya berzina dan kaki botol. Penzina tak semesti minm arak dan membunuh.

Tetapi pemabuk arak, boleh membunh dan berzina.Apa lagilah rompak dan rasuah.

MCA boleh anjur bersama pesta arak di Malaysia jika ia jamin semua pengundi menyokong BN, tetapi Beijing tak akan benar lagi candu dipasarkan.








































Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.