Mendamba aspek keberkatan yang hilang dari diri Muslim
Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
TIDAK ada istilah atau kata-kata yang tepat untuk dinisbahkan kepada manusia yang dilanda seribu macam keserabutan dalam menjalani proses kehidupan yang penuh dengan pelbagai onak dan duri, selain ujian yang terbentang luas yang dicpita oleh Allah SWT untuk mengetahui siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya di sisi-Nya.
Inilah yang ditegaskan Allah menerusi yang kedua dari surah al-Mulk yang bermaksud: “Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).”
Begitu juga menerusi ayat 2 dan 3 surah al-Ankabut yang bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman,” sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? (2).
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui- Nya tentang orang-orang yang berdusta.”
Mungkin istilah yang boleh diberikan kepada situasi yang dialami seseorang seperti di atas yang paling mudah dengan menyebut bahawa dia tidak mendapat berkat atau keberkatan daripada Allah Yang Maha Pencipta alam maya ini hingga tidak mampu untuk menghadapi ujian yang kecil dari Allah SWT.
Maka hidupnya tidak keharuan tanpa hala tuju hidup, malah bertindak melakukan perkara-perkara yang mungkin berlawanan dengan fitrah dirinya dan juga hukum Tuhan, ini kerana hidupnya tidak dibayangi keberkatan-Nya.
Allah anugerah kelebihan keberkatan bagi yang beriman dan bertakwa. Perkara ini ditegaskan sendiri oleh Allah SWT melalui firman-Nya dalam ayat 96 surah al-‘Araf yang bermaksud: “(Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu (negara, daerah, kawasan dan sebagainya, di mana sahaja ada manusia tinggal) beriman serta bertakwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”
Menerusi ayat di atas, Allah SWT mensyaratkan pengurniaan keberkatan dari-Nya adalah dengan ‘Iman dan Takwa’ kepada- Nya, iaitu satu kurniaan tertinggi yang diberikan kepada hamba- Nya, kemudian ia disusuli pula dengan anugerah berkat dalam hidup hasil adunan daripada kedua-dua ciri tersebut.
Orang yang beriman dan bertakwa tidak akan menghadapi masalah dalam kehidupannya, apa pun yang datang kepadanya, dia akan terima dengan baik, sama ada berbentuk ujian atau sebaliknya, sama ada baik atau buruk, kerana semuanya ada hikmah yang tersirat di sebalik apa yang datang serta menyambutnya dengan penuh kerelaan dan pasrah kepada ketentuan Allah.
Jika hidup sentiasa sihat dan cergas, mungkin manusia suka melayan hawa nafsunya, memuaskan segala keinginan hati, suka bermalas-malasan, lupa menuntut ilmu dan menunda amal kerana ia tidak rasa dekat dengan penyakit dan ajalnya.
Dan jika kesenangan sahaja yang dirasa mungkin apabila sedikit ujian datang kita akan mengeluh, membenci dan marah dengan ketentuan Allah SWT.
Sama halnya dengan kemiskinan, sakit dan ujian kehidupan yang bermacam boleh menjadi perangsang meningkatkan iman ataupun sebaliknya mendekatkan kita kepada kekufuran.
Paling penting ialah apa-apa amal soleh walaupun sedikit yang termampu hendaklah membekas ke dalam hati, menguatkan iman dan membentuk keperibadian hamba yang diredai Allah. Yang sedikit tetapi berterusan boleh menghidupkan jiwa adalah lebih baik daripada amal banyak disertai sikap ujub, takbur, riak dan meletihkan jiwa yang sememangnya tidak kuasa hidup seperti malaikat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Bacalah al- Quran selama perhatian hatimu menuju kepadanya, apabila kamu bimbang maka berhentilah.” (Hadis riwayat Muslim).
Apakah sebenarnya maksud berkat itu?
Berkat itu ialah bertambah atau tambahan di atas apa yang ada (ziadah). Benda yang tidak ada kemudian jadi ada tidak dikatakan bertambah, oleh itu tidak dinamakan berkat.
Benda yang sudah ada datang lagi dua tiga, baharu dikatakan bertambah. Itulah berkat. Ini mesti difahami. Kalau tidak diterjemahkan, takut-takut tidak difahami falsafahnya dan seniseninya. Maksudnya kalau hendak dibantu di bidang pendidikan, kebudayaan dan lain-lain, kita mesti buat asasnya dahulu. Itulah dia usaha 10 peratus. Selepas itu, apabila ada iman dan takwa, baharulah datang berkat.
Tuhan datangkan berkat (tambahan) di bidang-bidang itu dengan syarat ada asasnya.
Apabila berlaku tambahan yang tidak diduga, itu menunjukkan ia bukan hasil usaha kita lagi. Itulah berkat, berkat merupakan suatu tindakan halus yang dianugerahkan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang ikhlas dalam beramal dengan tidak mengurang atau melebihkan tuntutan dunia, semuanya terkawal dengan izin Allah SWT.
‘Berkat’ juga dapat diertikan sebagai pemberian istimewa Allah SWT kepada makhluknya berdasarkan ibadatnya. Di sini menunjukkan permintaannya telah dikabulkan oleh Allah SWT.'
Pada amnya, berkat itu boleh diperolehi dari dua cara:-
i. Melalui pemberian Tuhan.
ii. Bergantung kepada corak hidup seseorang itu.
Yang pertamanya, berkat melalui pemberian Tuhan ialah seseorang yang inginkan berkat mestilah sentiasa berdoa kepada Tuhan meminta hidupnya diberkati. Wali-wali merupakan orang yang mempunyai taraf yang tinggi di sisi Tuhan. Melalui amalan-amalan dan doa-doa kepada Tuhan hidup mereka diberkati.
Yang kedua pula bergantung kepada corak kehidupan seseorang itu. Ini bermakna seseorang itu pandai mengatur ekonomi rumah tangganya serta kehidupannya. Dia tidak boros tidak tentu hala dan tidak pula kedekut. Di samping bekerja dan menjaga ekonomi hidupnya, ia juga mestilah berdoa supaya ia akan diberkati Tuhan.
Dengan ini, seseorang itu akan mendapat kehidupan yang aman dan sentosa selalu. Segala yang dilakukannya itu akan memberi manfaat atau kebaikan pada dirinya dan juga kepada orang lain.
Kurang ilmu punca amalan tak berkat
Kehidupan seorang Muslim itu apabila tidak dipandu dengan keberkatan ilmu-ilmu agama yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT, maka dia tidak akan dibayangi dengan berkat dan rahmat, maknanya apa yang dibuatnya tidak sedikit pun mendapat pengawasan Allah dan terbiar tanpa sebarang bimbingan daripadanya.
Orang yang tidak berusaha untuk memahami, memperdalami serta mengamalkan ilmu-ilmu agama dengan diberikan umur yang mencecah puluhan tahun hidup di dunia, maka segala aktiviti yang dilakukannya bagaikan tidak mendapat restu Ilahi, tidak cukup dengan itu semua, bahkan akan bertindak menyalahi hukum-hukum agama dan tidak terpimpin untuk melakukan kebaikan dan menanggung akibat daripada kesalahan diri.
Implikasi hidup yang tidak diberkati
Manusia yang tidak diberkati, mudah untuk berkawan dengan orang-orang yang rendah akhlaknya, malah dia akan diseret kepada pengalaman cara hidup yang bertentangan dengan ajaran al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Rasulullah ada menegaskan maksudnya: “Janganlah kamu berkawan melainkan yang benarbenar beriman dan janganlah yang makan makanan kamu itu melainkan orang-orang yang bertakwa.”
Baginda mengaitkan cara untuk berkawan ialah dengan memilih manusia yang memiliki nilai iman dan takwa yang cukup tinggi di sisi Allah SWT. Ini kerana dengan kedua-dua ciri itu mampu melonjaknya seseorang Muslim itu menjadi sebaik-baik manusia.
Allah SWT juga menegaskan dalam ayat 28 surah al-Kahfi cara berkawan orang yang baik bagi menjana menjadi manusia hebat mafhumnya: “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat dan mengingatkan kepada Tuhan pada waktu pagi dan petang, yang sematamata mengharapkan keredaan Allah; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkahlakunya pula adalah melampaui kebenaran agama.”
Justeru, elakkanlah bercampur dengan orang-orang yang mengkhianati amanah yang diberikan rakyat pada pilihan raya dengan melompat-lompat kepada parti-parti yang jelas tidak menjanjikan apa-apa.
Ini kerana kehidupan mereka dibayangi dengan kemurkaan Allah, tidak mendapat berkat daripada-Nya, bahkan ditakuti sumber pendapatannya juga boleh dipertikaikan Allah pada hari kiamat, ini akibat daripada malas untuk belajar ilmu-ilmu agama, sama-samalah fikirkan wahai bangsaku.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.