Siulan Bajet 2018 Azmin Ali
Oleh
Menteri
Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali antara pemimpin Pakatan
Harapan yang cuba mencuri penerimaan umum
Sifir mereka, setiap apa yang
datang daripada kerajaan adalah tidak bagus. Apa yang datang daripada
mereka pula adalah kesempurnaan. Sesiapa yang menyertai atau
menyokong mereka pula automatik menjadi bersih dan suci.
Kadang-kadang mereka seperti lupa sedang
mentadbir dua kerajaan negeri berstatus kaya. Tidak dapat tidak, orang
akan membandingkan realiti dan apa yang dilakukan di negeri kekuasaan
mereka.
Dalam keghairahan
memperlekehkan Bajet 2018 dan keangkuhan membandingkan apa yang
beliau telah buat di Selangor, tanpa diundang Azmin menjerat diri
sendiri. Benar-benar satu sentuhan kecundang.
Tweet
Azmin tentang TVET dalam Bajet 2018 itu mendapat banyak respons.
Azmin bersiul “Program TVET @NajibRazak memperuntukkan RM4.5 juta
sahaja manakala di Selangor menyediakan lebih RM50 juta untuk 2018.
Inilah Selangor.”
Kesilapan tweet Azmin
kemudian ditegur oleh netizen yang turut mengepilkan keratan Bajet 2018
di bawah tajuk Memartabat Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(TVET) yang sebenarnya berjumlah RM4.9 bilion. Peruntukan RM4.5 juta
itu dikhususkan untuk biasiswa pelajar cemerlang TVET sahaja.
Seperti
mengundang bahana, netizen turut meminta Azmin menyelesaikan banyak
masalah di Selangor. Antara yang kerap disebut ialah masalah air selain
jalan raya. Ada netizen malah membandingkan pinjaman PTPTN yang lebih
mesra peminjam berbanding pinjaman pendidikan untuk anak Selangor.
Bagaimanapun
setakat semalam Azmin belum menarik balik tweet yang silap itu mahupun
memohon maaf walaupun ada netizen yang memintanya berbuat demikian.
Seorang netizen mencadangkan “Bila nak betulkan fakta ini? Come on
berjiwa besarlah mengakulah kekhilafan tuan RM4.9 bilion tu jauh benar
bezanya dengan RM4.5 juta,”
Yang turut
mendapat 'getah' kesilapan Azmin ini ialah Ketua Armada PPBM, Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman. Individu yang dijulang sebagai pendebat
terbaik Asia yang baru-baru ini menolak tawaran belajar di Oxford
University seperti bangga dapat mengulang tweet Azmin.
Begitulah yang selalu diperagakan oleh politikus parti ini, apabila buat silap terus senyap.
Azmin
bahkan terus berbangga dengan men-tweet aktiviti hariannya yang lain.
Malanglah, kita terus disuguhkan dengan pendidikan politik daripada
parti yang selalu berbangga mahu membawa politik baharu kepada Malaysia.
Azmin
memang antara pemimpin Pakatan Hara–pan yang aktif dalam me–dia sosial.
Jika diikutkan waktu tweet beliau yang silap itu dibuat pada pukul 4.58
petang. Maksudnya beliau masih berada di dalam dewan mengikuti
pembentangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara langsung
dari tempat duduknya selaku Ahli Parlimen Gombak.
Barangkali
itu balasannya jika terlalu mendabik dada tentang apa yang dibuat.
Hukum karma, kata orang. Tak pasal-pasal mendapat malu sendiri.
Memang
tercium aroma bongkak dalam deretan tweet Azmin itu. “Selangor Brain
Bank telah saya laksanakan 3 tahun tetapi @NajibRazak baru tadi lancar
Malaysian Brain Bank. Selangor terus jadi model.”
Azmin
terus bersiul “Selangor sudah lama berjaya melaksanakan TAWAS.
Malangnya, @NajibRazak baru teringat nak lancar ADAM50. Ayuh mari
Selangor pimpin Putrajaya.”
Tweet itu
kemudiannya disusuli dengan “Helo @NajibRazak. Penang dan Selangor telah
lama menabung untuk setiap anak baru lahir. You lambat 5 tahun.”
Tetapi
begitulah resam media sosial apa yang dinyatakan tidak boleh dipadam
begitu sahaja. Apa yang dinyatakan boleh disanggah serta-merta.
Selain
fakta TVET yang meleset, netizen juga membetulkan fakta bahawa
Kementerian Pengajian Tinggi telah terlebih dahulu melancarkan
MyBrain15. Program itu dilancarkan pada Disember 2010 sedangkan Selangor
Brain Bank pada 2014.
Program kerajaan
Persekutuan itu bertujuan untuk meningkatkan jumlah graduan ijazah
Doktor Falsafah (PhD) menjelang 2015. Jadi, wahai Datuk Menteri Besar
sapa tiru siapa sebenarnya?
Begitu juga
apabila gagal untuk menjawab tentang lawatan ke China adakah bertujuan
untuk menjual Selangor (sebagaimana Najib dituduh menjual Malaysia
kepada China apabila menerima pelaburan dari negara itu), Azmin menjawab
“Saya ke China unruk mencari Jho Low.”
Barangkali
benarlah analisis banyak orang. Azmin ini licik orangnya. Apabila salah
dan mencetuskan kontroversi beliau boleh bersikap bersahaja. Beliau
boleh beraksi senyap dalam keanggunan.
Azmin
juga sentiasa pantas mengambil kesempatan. Menyedari Najib yang bakal
memperoleh keuntungan politik apabila mengumumkan pemansuhan tol Batu
Tiga dan Sungai Rasau, Azmin mengalih perhatian dengan tweet “Tahniah
rakyat Selangor. Atas keberanian rakyat maka @NajibRazak batal tol Batu
3.”
Benar-benar lembu punya susu, sapi
dapat nama. Begitulah impak Bajet 2018 menjelang pilihan raya umum ini
menjadikan fikiran politikus Pakatan Harapan nampak berkecamuk. Tanpa
dapat diselindung, masing-masing pun mempamerkan kegusaran mereka.
Memuji tidak boleh, kenalah hentam mana yang ada.
Pakatan
Harapan pun terperangkap dengan bajet alternatif yang diumumkan dua
hari sebelum bajet sebenar. Terlalu banyak pusingan U. Terlalu banyak
perkara yang tidak konsisten.
Bukan
sahaja rakyat tetapi mereka sendiri yang sebenarnya terkeliru. Sekali
lagi mereka gagal menunjukkan wibawa sebagai sebuah parti yang boleh
diberikan harapan untuk memimpin negara.




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.