Serena Lim tidak kekok bersama PAS
Oleh KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
SATU kelebihan yang ada pada Serena Lim Abdullah boleh berbahasa ibundanya tetapi cukup fasih dan tidak dalam berbahasa Melayu.
Berasal dari Taiping, Perak, beliau kini menetap di Kampung Gong Pasir, Dungun, Terengganu setelah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohd Anuar Mukadir sejak tahun 1983 lagi.
Dilahirkan pada 29 Ogos 1956, wanita kepada lapan orang anak yang kesemuanya adalah perempuan serta 10 orang cucu ini mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Jika pertama kali bertemu dengannya, orang tidak perasan muslimah tingggi lampai dan berkaca mata ini sebenarnya berdarah Cina.
Serena yang lebih mesra dengan panggilan Kak Na ini sangat aktif dalam kerja-kerja jemaah bersama PAS khususnya di kawasan Dungun.
Beliau diamanahkan menerajui Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Muslimat PAS Terengganu setelah dipilih bersama dalam satu Jawatankuasa Muslimat PAS Negeri Terengganu.
Manakala di peringkat PAS Kawasan Kemaman pula Serena merupakan Naib Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Dungun, AJK PAS Kawasan Dungun dan Pengerusi LPN PAS Kawasan Dungun.
Melalui beliau, PAS lebih mudah mengenali adab dan pantang larang yang boleh serta tidak digemari oleh masyarakat bukan Islam khususnya kaum Tionghoa.
Ketika ditanya, apakah Kak Na serasi dengan jawatan yang dipegang khususnya berkait dengan LPN yang mengendalikan urusan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai sebahagian dari sayap parti yang baharu dalam PAS.
Katanya, jawatan itu sebagai satu amanah parti yang sangat besar dan perlu ditunai serta dilaksanakan mengikut kemampuan secara berjemaah.
“Insya-Allah, ini (jawatan) satu amanah parti kepada saya dan saya akan cuba buat yang terbaik mengikut kemampuan diri saya dan kerjasama ahli-ahli dalam jemaah (PAS) ini.
“Saya pun rasa cukup gembira kerana dapat bergaul dengan semua orang dalam masyarakat kita yang berbilang kaum, agama dan adat resam. Ada masyarakat Melayu, Cina dan India.
“Satu kelebihan sikit pada Kak Na barang kali boleh berbahasa Tionghoa dan mudah kami berinteraksi dengan baik antara satu sama lain. Mereka juga rakyat kita,” ujarnya
Sebelum diwujudan DHPP dalam bersama dengan Kelab bagi menjalinkan kerjasama antara bukan Islam dengan PAS Menurutnya, apabila bertemu program ziarah anjuran PAS kawasan Dungun sambutan masyarakat bukan terhadap PAS cukup Jika mereka lihat kita datang ke rumah untuk ziarah, kami diterima dengan baik. Mereka kata orang PAS sudah datang, orang PAS baik dan cakna kepada semua orang.
“Sebab itu, pihak LPN Dungun ini telah mengambil ‘anak angkat’ khusus dari kaum Tionghoa sejak tiga tahun lalu. Dalam satu tahun dua orang pelajar miskin (Tionghoa) akan dijadikan anak angkat LPN,” jelasnya.
Harakah dimaklumkan, pihak LPN PAS Kawasan Dungun ini telah melaksanakan program anak angkat yang dipilih khusus dari pelajar kaum Tionghoa.
Program itu mensasarkan pengambilan dua orang pelajar setahun dengan kerjasama pihak pengetua sekolah berkenaan. Ini lebih baik kerana pihak sekolah lebih mengetahui di kalangan pelajar miskin.
Setiap dua bulan sekali, pihak LPN akan menagakan program ziarah kepada ahli keluarga pelajar berkenaan serta menyampaikan sumbangan kebajikan untuk pelajar dan keluarganya.
Setahun sekali, sambutan hari kelahiran pelajar berkenaan turut diuruskan pihak LPN PAS Dungun sebagai tanda keprihatinan serta sokongan moral kepada pelajar tersebut.
Manakala, kepada pelajar terbabit yang mendapat keputusan cemerlang sama ada bagi peperiksaan PT3 atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diraikan dengan sumbangan hadiah.
Serena Lim suatu ketika dahulu pernah menjalankan perniagaan tetapi kini sepenuh masa bersama parti (PAS) selain daripada tugasnya sebagai suri rumah tangga sepenuh masa.
Beliau dilihat dalam semua majlis kebajikan PAS Kawasan Dungun terutama dalam program yang melibatkan masyarakat bukan Melayu Islam seperti di Dun Sura, Dun Paka dan Dun Rantau Abang.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.