Tidak sepatutnya sekadar RM200 sebulan kepada pesawah
Oleh NYZA AYOB
KUALA LUMPUR: Habuan RM200 sebulan kepada pesawah sebelum menuai hasil tanaman meneruskan lagi dasar golongan kaya bertambah kaya, manakala golongan miskin bertambah miskin.
Ustaz Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) berkata, sepatutnya para petani dibimbing dengan bimbingan yang lebih baik supaya mereka boleh keluar daripada kepompong kemiskinan mereka dan bukan sekadar bantuan dalam jumlah tersebut.
Menurutnya, ketiadaan Dasar Pertanian organik yang jelas juga menyebabkan pesawah terpaksa bergantung pada racun dan bahan kimia yang mahal dan berbahaya.
“Di Andhra Pradesh, India, jutaan hektar tanah pertanian telah berjaya mengamalkan pengurusan penyakit dan serangan makhluk perosak tanpa bahan kimia beracun atau disebut nonpesticidal management (NPM).
“Ia telah terbukti dapat menjimatkan kos pengeluaran hasil pertanian di antara RM750 hingga RM4500, satu-satu usaha yang dibuat. Bukannya sekadar RM200,” katanya ketika membahaskan Bejet 2018 di Dewan Rakyat, 1 November lalu.
Dalam isu berkaitan, beliau meminta kerajaan menjelaskan kenapa pertanian organik tidak dijadikan dasar oleh kerajaan dan apakah kerajaan tidak berhasrat memajukan model sekolah lapangan pertanian bagi meningkatkan kemahiran dan pendapatan petani, termasuk kepada pesawah.
Ustaz Ahmad Marzuk juga meminta kerajaan memberi jaminan sama ada bantuan RM200 tidak dijadikan bahan dan modal dalam kempen pilihan raya umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa.
Dalam perbahasan tersebut, beliau juga menyatakan kebimbangan terhadap pegawai penguatkuasa kerajaan yang bekerja dengan jujur, ikhlas dan berintegriti.
“Contohnya dalam kes kematian Pegawai Kanan Kastam dari Kelantan, Allahyarham Anisah Ali yang dirempuh oleh tonto. Nampaknya suspek masih lagi terlepas begitu sahaja.
“Kenapa boleh berlaku keluarga mangsa yang ditawarkan rasuah supaya berdiam diri diugut, diekori dan malahan mendapat laporan hendak dapat laporan perubatan pun masih lagi dinafikan,” katanya.
Beliau mempersoalkan kenapa aduan oleh keluarga mangsa yang dibuat kepada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.
Sedangkan, katanya, Bajet 2018 sepatutnya tegas dalam melindungi keselamatan pegawai penguatkuasa kerajaan daripada ancaman dan sogokan rasuah dan perlu dipandang serius.
Selain itu, Ustaz Ahmad Marzuk turut membangkitkan mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Kota Bharu yang masih berhadapan dengan masalah kelewatan bayaran.
Beliau kesal kerana masalah kelewatan bayaran melebihi tarikh 28 haribulan menyebabkan mereka yang menerima bantuan berhadapan dengan kesukaran kerana kebanyakan mereka bergantung dengan bantuan tersebut untuk membeli bahan makanan.
Dalam ucapannya, beliau mengulangi gesaannya sebelum ini agar kerajaan mengharamkan penyediaan minuman keras di dalam pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB).
Katanya, langkah MAB untuk menghentikan hidangan arak bagi penerbangan singkat di bawah tiga jam sejak Januari sangat dialu-alukan, bahkan ia meningkatkan lagi reputasi MAB dalam meraikan kehendak majoriti penumpang.
“Polisi MAB dalam mengawal jumlah minuman alkohol kepada para penumpang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini, ini juga satu langkah yang baik.
Polisi tidak menggalakkan pengambilan alkohol juga satu langkah yang baik walaupun ianya tidak memadai.
“Namun pendirian kerajaan pada Ogos 2017 untuk tidak mengharamkan hidangan arak dalam kapal terbang MAS masih wajar diteliti dan perlu di teliti,” tegasnya.
Beliau turut mencadangkan supaya kabin krew beragama Islam yang bertugas sewaktu penerbangan antarabangsa yang menghidangkan arak secara percuma dikecualikan daripada menghidangkan arak.
Perkara ini, katanya, melibatkan soal prinsip dalam agama dan ia tidak boleh kompromi.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.