Adakah PAU2017 boleh jadikan UMNO parti "future-proof"?
PEMUDA dan Puteri UMNO perlu menggunakan platform dalam Perhimpunan
Agung UMNO 2017 (PAU2017) untuk mengukuhkan kedudukan dalam memastikan
lebih ramai calon pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan dibarisi
orang-orang muda.
Bagi Exco Majlis Belia Malaysia Rizmel Nazrin Abdul Malek, UMNO perlu buka ruang lebih luas kepada anak muda untuk diketengahkan sebagai muka baharu pada PRU nanti.
“Perhimpunan ini merupakan peluang terbaik untuk menyakinkan golongan anak muda bahawa UMNO mampu menawarkan perancangan bukan sahaja bagi jangka masa pendek tetapi juga long-term goals yang diinginkan selama ini.”
Jelasnya, parti Melayu itu perlu menggunakan pentas perhimpunan pada tahun ini untuk memberikan satu 'tawaran baharu' kepada generasi muda.
Perhimpunan sayap-sayap UMNO akan dilancarkan esok malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.
Ia juga tidak boleh meminggirkan wacana dan aspirasi anak muda yang dikumpulkan menerusi dialog Transformasi Nasional (TN50) yang rancak diadakan di seluruh negara.
“Dasar dan isu-isu yang ingin diketengahkan semalam PAU2017 ini haruslah selari dan sejajar dengan elemen-elemen yang ditetapkan dalam Dasar Transformasi Nasional 2050 untuk sentiasa releven tanpa mengira zaman.
“Saya percaya UMNO khususnya memandang serius usaha meremajakan parti, bukan sahaja dari segi pemimpin tetapi juga dasar-dasar yang memberi fokus kepada golongan itu,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Sementara itu, penganalisis politik dari Kolej Universiti Poly-Tech MARA, Dr Sharifah Syahirah Syed Sheikh berkata percaya PAU2017 akan digunakan sebagai pentas untuk menunjukkan kemampuan wanita sebagai calon PRU14 yang akan datang nanti.
Katanya, ia selari dengan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu meningkatkan penglibatan wanita dalam semua bidang termasuk ekonomi, politik, sosial dan banyak lagi.
“Pastinya lebih banyak orang muda dan wanita akan dicalonkan (dalam PRU14) kerana langkah ini akan menunjukkan Umno tetap relevan.
Beliau turut menambah, langkah ini juga relevan sebagai bukti parti itu sedia memberi ruang kepada orang muda dan wanita.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.