https://critoxium.com/shop/

Terkini

Keahlian PAS 2017 pecah rekod

Oleh NASRUDIN HASSAN

 BIARPUN diserang oleh pelbagai pihak termasuk cybertrooper yang menggunakan ribuan fake account di alam siber, ternyata tidak menjejaskan reputasi PAS sebagai sebuah gerakan Islam yang berpencak di pentas politik tanah air.

Fitnah musuh dan tohmahan mereka yang sakit hati dengan PAS saban ketika tidak menjadi kudis gatal kepada PAS.

Cabaran didepani dengan sabar dan ancaman ditangani dengan tenang. PAS terus mengatur langkah dengan tabah untuk melebarkan risalah perjuangan dan meraih sokongan rakyat buat perjuangan Islam yang didukung.

Realiti kedudukan PAS terkini berasaskan data keahlian:

Tahun 2013: 14,544
Tahun 2014: 19,764
Tahun 2015: 41,431
Tahun 2016: 23,559
Tahun 2017: 41,813

Keahlian PAS pada tahun ini mengatasi rekod keahlian PAS dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.

Menjadikan jumlah keahlian PAS dalam tempoh 5 tahun terakhir ini ialah 141,111 ahli baharu.

Justeru, ini satu bukti bahawa tohmahan PAS ditolak oleh rakyat mutakhir ini adalah tidak benar.

Tanggapan bahawa PAS kian terpinggir dewasa kini juga salah. Insya Allah PAS akan terus memimpin gelombang kebangkitan Islam dan gerakan perubahan.

Sejahtera Bersama Islam

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.