https://critoxium.com/shop/

Terkini

Amaran Hadi: ‘Ada akibat di dunia’ wakil PAS langgar bai’ah

KUALA LUMPUR,― Bai’ah, atau sumpah setia, hanya terbatal jika pemimpin menentang hukum Allah dan bukan kerana berlainan pendapat.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata amalan baiah membawa kesan buruk di dunia lagi jika dilanggar seperti difahami pemimpin awal parti.

“Ada yang menyelewang menganggap bai’ah hanya cakap manusia yang boleh dipermainkan sewenang-wenangnya, maka hiduplah mereka dengan akibat di dunia sebelum menerima akibat di akhirat,” katanya dalam satu kenyataan.

“Bukan tujuan bai’ah untuk mencari keredaan manusia termasuk menipu, jauh sekali mencari keredaan sesiapa sahaja termasuk yang tidak beriman dan bertujuan semata-mata meramaikan pengikut dan memancing undi kerana mahu menang pilihanraya sahaja.”

Walau tidak merujuk sesiapa, Abdul Hadi dipercayai mengulas wakil-wakil rakyat PAS yang meninggalkan parti itu walau sudah bersumpah tidak berbuat demikian.

Terbaru, hujung minggu lepas, wakil rakyatnya Datuk Amiruddin Hamzah membuat keputusan mengejut dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Mengulas isu bai’ah, wakil rakyat Anak Bukit dan bekas exco kerajaan Kedah enggan memanjangkan isu itu dan menganggap ia “urusan dalaman PAS”.

“Tidak perlu fokus kepada bai’ah sangat. Yang penting dalam PAS Kedah tiada bai’ah talak isteri. Biarlah ia antara saya dengan PAS,” katanya seperti dilaporkan.

Di hujung coretannya yang panjang di Facebook, Abdul Hadi meninggalkan mesej: “Golongan al-sabiqun yang awal menyertai PAS lebih yakin, apabila melihat sendiri nasib mereka yang melanggar bai’ah dan sumpah menjadi calon dan pemimpin, telah menerima akibat di dunia.

“Adapun akibatnya di akhirat terserah kepada Allah yang menentukannya.”-themalaymailonline.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.