Masa untuk Kelantan berubah
KUALA
LUMPUR - Setelah 27 tahun di bawah pemerintahan Pas, sudah
tiba masanya rakyat Kelantan memilih kerajaan yang lebih baik pada
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO
Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat Kelantan perlu
sedar dan bersatu membawa perubahan jika ingin mencapai kemakmuran serta
memajukan negeri.
“Inilah masanya untuk kita membawa perubahan di
Kelantan, sudah 27 tahun Pas memerintah, ramai yang tidak berpuas hati,
stadium masih belum ada dan lebuh raya pun belum siap lagi.
“Kelantan
adalah negeri yang hebat dan mempunyai potensi besar tetapi sayang
pentadbiran kerajaan tidak terurus, sebab itu angin perubahan diperlukan
dan sedarkan rakyat, masa sudah tiba untuk Barisan Nasional (BN) ambil
alih,” katanya.
Beliau berkata demikian
ketika merasmikan program ‘Jupo Mato Anok Kelate’ bersama penduduk asal
Tanah Merah di pekarangan Istana Budaya, semalam.
Yang
turut hadir, Pengerusi Biro Pengundi Luar UMNO Kelantan, Datuk Seri
Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Presiden Himpunan Siswazah Kelantan
(Himsak), Datuk Mohd. Faizal Daud.
Program
yang diadakan serentak di 14 buah lokasi terpilih di seluruh Lembah
Klang pada 2 dan 3 Disember ini adalah bagi meraikan dan menyatupadukan
anak-anak Kelantan yang tinggal jauh di perantauan.
Dalam
pada itu, Mustapa menganggap sokongan pengundi luar seperti anak-anak
Kelantan yang berada di Kuala Lumpur mampu mewujudkan satu gelombang
perubahan yang bermakna untuk negeri Kelantan.
“Anak-anak
Kelantan yang merupakan pengundi luar di Kuala Lumpur mempunyai
peranan besar untuk memastikan perubahan yang diingini berlaku.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.