https://critoxium.com/shop/

Terkini

Ismail: Karut, mana ada khalwat ketika sidang Umno?

KUALA LUMPUR, 5 Dis — “Jangan dengarlah cerita karut,” demikian kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila mengulas khalwat ketika mesyuarat Umno.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah berkata selagi tiada fakta, dakwaan seorang bekas ahli Puteri Umno tidak boleh dipercayai, lapor Sinar Harian.

“Kecuali mungkin dia sendiri pernah buat. Saya tidak tahu sebab saya tidak pernah buat,” katanya, bekas pemimpin Pemuda Umno.

Semalam, Wan Asshima Kamaruddin mendakwa 17 tahun beliau bersama Umno, ramai pasangan berkhalwat sepanjang Perhimpunan Agung Umno (PAU).

Bekas ahli jawatankuasa Puteri Umno Klang itu menggesa jabatan agama menjalankan operasi cegah maksiat besar-besaran di hotel sekitar ibu kota.

Sebelumnya, portal itu melaporkan Ismail Sabri mempersoalkan maklumat itu. 

“Mana dia tahu?” katanya. "Saya menjadi ketua Pemuda lapan tahun dan exco empat tahun, belum pernah dengar cerita sebegini."

Kenyataan itu disiarkan portal berita, termasuk parti pembangkang, tetapi semakan hari ini menunjukkan ia tidak dapat dilayari lagi. -MalayMail

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.