https://critoxium.com/shop/

Terkini

Maksiat masa Pergong UMNO

Oleh Zaharin Mohd Yasin

Meroyan semua orang bila Wan Asshima Kamaruddin minta Jawi pantau perwakilan UMNO yang tinggal di Hotel. Saya rasa dia bukan buat tuduhan, itu dari pengamatan dan dia berpesan kepada perwakilan dan pemerhati masa berlangsung perhimpunan UMNO.

Cuba kita ambil yang positif, tak usah kalut, sokong sahaja kenyataannya soal desak Jawi pantau kediaman perwakilan termasuk pusat hiburan. Atas berlaku maksiat perwakilan, masa dulu2, tak payah kita cabar dia buktikan. Itu isu peribadi perwakilan bukan UMNO.

Masa saya berperang dengan belukang.. ada juga orang beri maklumat.. si anu dengan si anu masa PrU Telok Intan bawa jantan dalam bilik. Termasuk gambarnha sekali. Tapi saya tak serang isu peribadi kecuali melampau sangat menyerang peribadi saya.

Kepada saya, saya berterima kasih kepada Wan Asshima, mantan Puteri UMNO Klang. Dalam masa dia dalam UMNO, dia komen dan serang saya. Maka lebih baik, kita jangan provokasi. Isu maksiat masa Perhimpunan UMNO soal individu.

Maka apa patut kita lakukan, mereka yang ada maklumat pemerhati dan perwakilan yang melakukan perkara maksiat sepanjang Perhimpunan Agung UMNO laporkan kepada Jawi. Itulah yang terbaik sebagai respond apa yang dikatakan oleh Wan Asshima.

Tepuk dada tanya selera.
Seoul. KoSel.
Dis 5, 2017.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.