Menolak amalan politik berasaskan korupsi
Oleh ABU FIRDAUS
Cuba lihat bagaimana amalan politik kepartian, pentadbiran dan perniagaan di negara ini yang sudah menjadi suatu sistem yang berasaskan korupsi. Sistem ini berkembang sedikit demi sedikit sejak negara ini mencapai kemerdekaan hinggalah pada waktu sekarang.
Pada zaman kolonial, korupsinya berbentuk lain. Begitu juga pada zaman feudal sebelum kedatangan penjajah, itu perlukan kajian ilmiah sejarah untuk memahaminya. Tetapi sejak merdeka, negara ini dipimpin secara berterusan oleh Umno, walaupun ada masanya ia menjadi Umno Baru, dan kemudian kembali pada nama Umno dengan elit pemerintahannya adalah serupa.
Kepimpinan elit Umno ini berterusan walaupun gabungan parti yang dipimpin berubah dari Perikatan ke Barisan Nasional. Komponen parti Barisan Nasional juga berubah-ubah terutama di Sabah tetapi terasnya tetap sama iaitu Umno-MCA-MIC dengan Umno yang menentukan jejaknya.
Sememangnya terdapat perbezaan gaya pimpinan iaitu dari Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak, tetapi amalan dan politik budaya mereka serupa.
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir adalah sebahagian daripada amalan dan budaya politik itu, tetapi tentunya kini sudah meninggalkan sistem itu dan bersama pihak pembangkang.
Pihak pembangkang pada semangatnya adalah menolak sistem politik berasaskan korupsi. Anwar melancarkan Reformasi untuk membersihkan sistem itu. Sementara Dr Mahathir menentang amalan itu kerana tidak tergamak menelan saja skandal 1MDB yang merupakan kemuncak pada sistem itu. Kini ia dikenali sebagai kleptokrasi. Iaitu korupsi telah menjadi kleptokrasi.
Apa yang dikatakan sebagai sistem budaya korupsi dalam politik dan pentadbiran adalah begini: Kerajaan mengutip cukai daripada pelbagai sumber termasuk GST daripada rakyat. Bagaimana dan apa yang dikutip adalah ditentukan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional didominasi oleh Umno, diketuai oleh presidennya yang merupakan perdana menteri, dengan ketua perhubungan Umno negeri menjadi menteri besar dan ketua menteri di peringkat negeri.
Kerajaan ini juga menentukan rancangan dan belanjawan untuk melaksanakannya. Mereka juga melantik pucuk pimpinan agensi-agensi kerajaan serta syarikat berkaitan dengannya, GLC dari kalangan ahli-ahli parti yang menguasai kerajaan.
Walaupun mereka boleh melantik birokrat dan teknokrat bukan dari kalangan Umno, tetapi selalunya mereka melantik orang di kalangan mereka, ada kalanya bukan berdasarkan keupayaan dan kebolehan perniagaan atau pentadbiran tetapi sebab hubungan politik dan kepentingannya. Iaitu mampu berpolitik dengan memegang GLC.
Untuk melaksanakan rancangan kerajaan tentunya ia melibatkan projek dan tender. Umum mengetahui bahawa projek-projek ini selalunya diperolehi oleh orang Umno bukan atas kebolehan, tetapi lebih kerana hubungan politik. Lebih-lebih lagi apabila dikaitkan dengan dasar membantu Bumiputera dan Melayu. Maka keluarlah istilah Umnoputra.
Masalah dalam pembahagian projek dan kontrak ini ialah soal nilai dan harga projek. Ia boleh menjadi lebih besar dan terdapat peratusan komisyen yang disalurkan kepada orang tengah yang bertindak bagi orang politik.
Komisyen ini dikatakan bertujuan untuk membiayai parti dan aktivitinya. Walaupun berapa peratus masuk ke kantung peribadi, sama ada orang tengah ataupun ahli politik, itu adalah soal peribadi masing-masing.
Inilah yang disebut sebagai amalan dan budaya politik korupsi. Perkara ini sering didengari. Adakah ia benar atau mitos? Mungkin ada siasatan tetapi ia tidak diumumkan. Pihak akhbar patut menyiasat dan mendedahkan supaya sistem demokrasi di negari ini dapat berfungsi. Inilah yang dikatakan kebebasan akhbar. Tetapi ia tidak berlaku di Malaysia.
Apa yang ternyata ialah jelas kelihatan Umno dan Barisan Nasional memperoleh banyak dana. Adakah ia bergantung pada derma syarikat-syarikat besar? Mengapakah mereka mahu menderma?
Adakah kerana benar-benar menyokong BN semata-mata atau ia berupa habuan balasan kerana memperoleh projek atau kontrak? Atau mereka sendiri adalah sebahagian daripada pimpinan parti memerintah.
Apabila sudah berlanjutan dan meluas amalan ini maka ia dianggap tidak salah. Ia dianggap sebagai biasa dalam proses politik negara ini. Jika budaya ini tidak diubah, ia akan berjangkit dan diwarisi oleh parti lain yang menggantikan BN kelak.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.