https://critoxium.com/shop/

Terkini

Siapa sasaran PAU kali ini, Anwar atau Mahathir?

PETALING JAYA: Sudah menjadi tradisi ketika perhimpunan agung Umno untuk selama beberapa tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sasaran di mana perwakilan akan mengambil peluang menghentam ketua umum PKR itu yang satu masa dulu memimpin mereka.

Hari ini, ketika Umno mula bersidang dalam perhimpunan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-14, timbul tanda tanya sama ada sasaran parti itu kali ini ialah seorang lagi bekas orang kuat Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang kini menjadi muka utama pembangkang.

Tetapi penganalisis politik Datuk Mohammad Agus Yusoff beranggapan Dr Mahathir mungkin tidak dibidas seteruk Anwar.

Ini kerana bekas perdana menteri itu masih mempunyai sentimen nostalgia di kalangan ahli tegar Umno yang memutuskan terus kekal di dalam parti itu walaupun setelah penubuhan PPBM sebagai seteru utamanya.

“Dalam Umno sendiri ada lagi orang yang setia kepada Dr Mahathir,” Agus memberitahu
Menurutnya, Umno berwaspada memainkan isu Dr Mahathir kerana ia akan memusing balik kepada 1MDB, isu yang menjadi titik permusuhan bekas presiden itu dengan Datuk Seri Najib Razak pada 2015.

Begitu juga, laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang baru-baru ini mahu Dr Mahathir disiasat dalam kerugian berbilion dolar matawang asing pada 1990-an juga boleh menjadi risiko sekiranya dimainkan.

“Jadi kalau menghina Mahathir, nak kutuk Mahathir, nak dakwa Mahathir, nak main RCI, akan terpalit kepada isu 1MDB sekali,” katanya.

Agus berkata masih ramai penyokong Umno menyayangi Dr Mahathir.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu berkata 3 perkara utama pada PAU kali ini ialah perpaduan Melayu, kos sara hidup dan persediaan pilihan raya.

Agus berkata Umno berdepan cabaran meninggalkan kesan yang positif kepada orang Melayu dan rakyat Malaysia pada perhimpunan kali ini, memandangkan ia adalah yang terakhir sebelum PRU14.
Yang paling utama ialah untuk menunjukkan parti itu relevan.

“Ia perlu tunjukkan itu. Apakah pemasaran politiknya yang sesuai untuk memenangi hati rakyat supaya rakyat tengok Umno itu terbaik dan boleh bergantung untuk memerintah negara ini,” jelasnya.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.