Siapakah pejuang politik zaman ini?
Oleh Abu Firdaus
Perkataan pejuang amat hebat. Pada zaman moden ini, terdapat banyak jenis pejuang. Ada pejuang kebebasan wanita. Ada pejuang alam sekitar. Tetapi sebagai permulaan pada semua yang ada dalam sistem politik dunia hari ini, maka perintisnya ialah pejuang kemerdekaan.
Dengan adanya kemerdekaan, barulah ditubuhkan negara bangsa. Maka dari situlah muncul pejuang negara dan pejuang bangsa. Bila ada negara, tentunya ada rakyat.
Maka muncullah pejuang rakyat. Rakyat mempunyai hak dan kehendak, maka terdapatlah perjuangan untuk itu. Dari situlah lahir pula pejuang hak asasi, pejuang keadilan sosial dan pejuang demokrasi.
Dan di kalangan rakyat, tentulah mereka beragama. Maka terdapatlah pejuang agama. Bagi orang Islam, tidak ada yang lebih hebat daripada pejuang Islam. Kerana seseorang pejuang Islam adalah seorang yang bukan saja pejuang agama tetapi juga pejuang demokrasi, keadilan sosial, hak asasi, rakyat dan bangsa.
Tidak ada perkataan bahasa Inggeris yang tepat untuk istilah pejuang. Perjuangan disebut struggle.
Pejuang disebut sebagai fighter. Tetapi fighter merujuk pada pejuang bersenjata. Bagaimanapun apabila disebut pejuang Islam, ia tidak semestinya bersenjata. Ia boleh juga merujuk pada aktivis yang memperjuangkan Islam, termasuklah yang bergiat dalam parti politik.
Maka dalam istilah Islam, pejuang Islam adalah juga mujahid, iaitu seseorang yang melakukan jihad.
Walaupun jihad yang lebih besar adalah melawan nafsu diri sendiri serta melaksanakan tuntutan agama termasuk ibadat serta mencari ilmu, tetapi ia juga merujuk pada perjuangan politik, baik dalam pilihan raya mahupun di medan perang.
Tetapi istilah Inggeris dalam geopolitik antarabangsa, jihadist dikaitkan juga dengan terrorist.
Sementara Islamist juga berkait dengan extremist, iaitu ekstremis atau pelampau. Maka pejuang Islam yang sebenar, yang bukan pelampau dan menolak terorisme wajar muncul untuk membersihkan istilah itu.
Tanpa mengulang-ulangi perkataan Islam, pejuang sebenar itu aktif dalam apa saja wadah atau platform yang ia minat dan cenderong dan memberi khidmat, bakti dan jasanya kepada manusia dan dunia. Antara wadah penting ialah parti politik. Menjadi pejuang tidak bererti semestinya bergerak sebagai ahli politik. Tidak semua pejuang berkemampuan menjadi ahli politik. Bidang politik perlukan kemahiran dan bakat yang tersendiri, bukan hanya dari segi kepimpinan.
Ahli politik yang mempunyai idealisme itu adalah pejuang. Tanpa idealisme perjuangan, seseorang itu bukanlah pejuang tetapi hanyalah menjadikan ahli politik sebagai kerjayanya.
Maka aktivis itulah yang menjadi pejuang. Aktivis itu bermaksud seseorang yang aktif dalam perjuangannya. Seseorang penyokong belum menjadi pejuang jika ia tidak aktif. Begitu juga menjadi ahli parti pun belum jadi pejuang. Tetapi seorang penyokong, sama ada menjadi ahli atau tidak adalah seorang pejuang jika ia menjadi aktivis.
Seseorang aktivis itu dikira merupakan pejuang jika ia menyumbang tenaga dan masanya untuk perjuangan, sama ada secara sukarela atau memperoleh imbuhan. Tetapi kalau sekadar mendapat upah dari parti tanpa idealisme, maka ia bukanlah pejuang. Seseorang menpunyai idealisme,
komitmen dan semangat pengorbanan yang tinggi. Ini memerlukan keyakinan terhadap fahaman dan perjuangan parti.
Menjadi aktivis boleh jadi seseorang itu memegang jawatan parti, ataupun tidak. Ia boleh menjadi pekerja acara parti, malah menghadirkan diri dalam program parti juga boleh dikira sebagai aktivis.
Dalam sistem demokrasi berparlimen, peranan pejuang dalam bentuk aktivis adalah penting.
Keperluan bilangan mereka yang banyak boleh menentukan kejayaan dalam politik. Selain daripada kuantiti, kualiti aktivis juga memberi kesan yang berbeza.
Tentu sebagai pejuang yang beragama Islam, perkiraan pahala terhadap semua kerja amal merupakan kepercayaan yang menyebabkan kegiatan perjuangan menjadi manis dan bererti. Ini kerana perjuangan politik bukan sekadar hobi, atau wadah untuk menjadi senang. Tetapi ia lebih daripada itu. Ia merupakan khidmat sesorang kepada dunia dan kemanusiaan.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.