Zahid harap Shahrizat diberi jawatan ‘teramat penting’ selepas PRU14
PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap Ketua Wanita
Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil diberikan jawatan “teramat penting”
selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
“Saya berharap Shahrizat akan diberi jawatan selepas PRU,” katanya ketika berucap dalam majlis penutupan Persidangan Antarabangsa Wanita Dalam Politik 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra, .
Timbalan perdana menteri bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut bentuk jawatan yang dimaksudkannya.
Kenyataan itu seakan memberi bayangan Shahrizat akan kembali bertanding pada PRU14.
Untuk rekod, Shahrizat gagal mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU12, apabila tewas kepada calon PKR, Nurul Izzah Anwar dengan majoriti 2,895 undi.
Beliau mendapat 18,833 undi, manakala anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu meraih 21,728 undi. Calon bebas, Periasamy Nagarathnam sekadar memperoleh 489 undi.
Susulan kekalahan itu, Shahrizat tidak bertanding pada PRU13.
Dalam perkembangan lain, Zahid berharap peruntukan dalam Bajet 2018 untuk wanita ditambah bagi memperkasakan golongan itu.
Menteri dalam negeri berkata, kerajaan sentiasa komited dalam membela nasib wanita di negara ini.
“Saya berjanji saya akan berbisik kepada (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) yang angka itu akan ditambah menjadi 2 kali ganda.
“Saya harap jawatankuasa akan bekerjasama terus dengan kerajaan dan biarkan kami terjemahkan menjadi realiti.”

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.