Peguam AS: DoJ tak sasar individu tertentu dalam isu 1MDB
SHAH ALAM: Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) tidak
menyasarkan individu tertentu berkaitan isu 1MDB, kata seorang peguam
terkemuka AS.
Tom Goldstein, antara peguam mahkamah agung paling berpengalaman di negara itu berkata, DoJ hanya memfailkan saman sivil pelucuthakan dan mendapatkan kembali aset yang dikaitkan dengan 1MDB.
“…(DoJ) hanya memulakan tindakan pelucuthakan sivil bagi harta berkenaan dan bukan tindakan jenayah terhadap sesiapa.
“Oleh itu, saya berpendapat adalah silap untuk mengatakan AS telah mengambil tindakan terhadap individu (yang ada kaitan dengan 1MDB),” katanya pada sesi soal jawab selepas menyampaikan ceramah Litigasi Jenayah di AS di Universiti Teknologi Mara, hari ini.
Terdahulu, dalam satu lagi sesi soal jawab, peguam itu berkata, pelucuthakan akan terus wujud di AS dan oleh itu tiada prospek secara realistik perkara itu akan diisytiharkan bercanggah perlembagaan.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.