Salah silap yang baru oleh perdana menteri yang keenam atau salah
silap masa lalu oleh perdana menteri keempat, juga yang paling lama
berkuasa.
TN50 atau Wawasan 2020.
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang perlu diadakan sebelum Ogos ini
mula ternampak akan jadi pungutan suara ke atas mahaguru politik dan
anak muridnya.
Ketika Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sedang giat
menyiapkan manifesto pilihan raya masing-masing dan Umno mahu
mengingatkan tentang cinta kepada negara dan nostalgia untuk meraih
undi, pemerhati dan ahli politik berkata pada akhirnya PRU14 ini adalah
tentang siapa yang lebih pengundi percaya: Najib atau Mahathir.
Itu sebabnya PH membidik sasaran pada Najib dan mengangkat cerita
kejayaan pengurusan ekonomi Dr Mahathir. Pembangkang yakin kos sara
hidup yang meningkat adalah kelemahan utama Najib.
Di seberang padang politik sana, Umno dan BN pula percaya rekod buruk
Dr Mahathir melawan semua penggantinya dalam Umno, usaha melawan rasuah
yang tidak bersungguh-sungguh dan kecenderungan menyerang tokoh Islam
tidak akan menguntungkan beliau di peti undi.
Pensyarah Kanan Jabatan Sosio Budaya Universiti Malaya (UM) Dr Awang
Azman Awang Pawi berkata kajian sosio politik yang dijalankan tahun lalu
di beberapa tempat dan negeri mendapati terdapat keluhan rakyat
mengenai peningkatan kos sara hidup seharian mereka.
“Ada responden yang ditemui mengatakan mereka hanya mampu bersabar
dan tidak ada tempat untuk mengadu. Hanya pada PRU akan datang 'aduan'
mereka akan dibuat dalam bentuk ini.
“Ini menunjukkan PRU14 akan dijadikan sebagai referendum terhadap
pentadbiran Najib,” kata Awang Azman
Awang Azman berkata isu-isu seperti 1Malaysia Development Berhad
(1MDB) dan Felda akan memberikan kesan yang sedikit, namun isu seperti
pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kemudiannya kenaikan
harga barang dan perkhidmatan, akan memberikan tamparan hebat.
“Dan pengundi cenderung menyalahkan kerajaan walaupun isu kenaikan
harga barang misalnya tetap berlaku pada mana-mana era pentadbiran dan
tak semestinya era perdana menteri Najib sahaja,” katanya.
Ahli strategi PH, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata apabila semua ruang
demokrasi seperti institusi Parlimen, Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara (PAC), Jabatan Peguam Negara, polis dan mahkamah tidak lagi dapat
digunakan untuk mengheret “kleptokrat” skandal 1MDB ke muka pengadilan,
pilihan raya merupakan satu-satunya jalan yang tinggal.
“Jadi, Pakatan Harapan akan mengajak rakyat Malaysia untuk
menggunakan PRU14 sebagai satu referendum terhadap pentadbiran Najib dan
penguasaan Umno selama lebih 60 tahun.
“Ini kerana sudah tiada jalan lain untuk keluar daripada kesusahan
hidup yang disebabkan oleh kegagalan tadbir urus pentadbiran Najib,”
kata pengarah strategi Amanah itu
Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, PRU14 merupakan medan
terbaik untuk rakyat Malaysia menyingkirkan Najib dan menamatkan
pemerintahan lebih 60 tahun Umno.
Rakyat lawan Najib
Sementara pemikir strategi PH dari DAP Liew Chin Tong berkata, PRU14 merupakan pertembungan rakyat melawan Najib dan BN.
“Pakatan Harapan perlu meyakinkan rakyat yang tidak
berpuas hati terhadap pentadbiran Najib bahawa perubahan akan memberikan
kehidupan lebih baik kepada mereka."
Awang Azman dari UM menambah, faktor Dr Mahathir Mohamad sebagai
calon perdana menteri Pakatan Harapan juga mampu menggugat BN pada
PRU14.
“Kerana Dr Mahathir sebagai lambang negarawan yang sudah berumur
sanggup turun ke padang melawan kekuasaan yang dianggapnya berlakunya
banyak penyelewengan."
Katanya, Umno dan BN tidak boleh memandang rendah kepada faktor Dr
Mahathir kerana pengalaman beliau 22 tahun jadi perdana menteri mampu
menggugat sokongan kepada pemerintah.
Tempoh 22 tahun Dr Mahathir berkuasa itu juga jadi bahan serangan
oleh Najib dan menteri kabinet seperti Salleh Said Keruak dan Abdul
Rahman Dahlan.
Mereka cuba menggambarkan beliau sebagai seorang pemimpin yang
membenarkan salah laku dan rasuah bermaharajalela semasa pemerintahannya
sebagai perdana menteri. Di kawasan Melayu, Umno dan media arus perdana
menggambarkan Dr Mahathir sebagai pengkhianat Melayu.
Rakyat lawan Dr Mahathir
Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) Profesor Ulung Dr Shamsul Amri Baharuddin melihat PRU14 merupakan
referendum rakyat kepada pemimpin Umno masa kini dan “bekas pemimpin
parti itu yang mahu kembali berkuasa”.
“Isu 1MDB dan Felda merupakan isu orang bandar dan luar bandar kelas
menengah yang banyak memberi pandangan namun belum pasti ada kekuatan
sebagai pengundi serta sambutan majoriti pengundi.
“Dr Mahathir sendiri tergugat dalam PH terutama
daripada penyokong akar umbi yang masih tetap tak puas hati dgn
'dosa-dosa politik' beliau masa lepas," katanya
.
“Bagaimana nak gugat BN kalau beliau sendiri bergantung di dahan yang rapuh?”
Adakah PRU14 pungutan suara untuk Najib dan Dr Mahathir?
Reviewed by DetikDaily
on
Januari 27, 2018
Rating: 5
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
2518414
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Post Comment
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.