Guru Pembangkang digesa berhenti kerja: Kenyataan yang cukup naif.
Oleh Pn.Normala Binti Sudirman
1. Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor
ingin melahirkan rasa kesal dan dukacita atas kenyataan Menteri
Pendidikan Malaysia(KPM), Dato Seri Mahadzir Khalid yang telah
mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan bagi warga
pendidik di seluruh Malaysia baru -baru ini.
2. Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia,
Datuk Seri Mahdzir Bin Khalid yang bernada ugutan terhadap warga
pendidik yang mahu mengambil tindakan disiplin terhadap guru yang
menyokong parti pembangkang, menunjukkan taraf seorang menteri yang
seolah-olah memiliki sikap tidak bertamadun dan hilang nilai
profesionalisme dalam diri.
3. Kenyataan seperti ini menggambarkan
sikap yang cukup terdesak serta menggambarkan UMNO berada di ambang
ketakutan dan bimbang akan kehilangan sokongan guru dalam PRU 14.
4. Pendidik menggesa supaya Menteri
Pendidikan Malaysia dan KPM berhenti mengugut guru atau melampiaskan
‘dendam politik’ terhadap warga pendidik yang berdedikasi dan telah
banyak menabur jasa mendidik anak bangsa dengan cemerlang.
5. Guru adalah golongan cerdik pandai
yang ditugaskan mendidik anak bangsa bukan seperti lembu dicucuk hidung
yang hanya menurut arahan tanpa berfikir.
6. Harus diingat, guru adalah rakyat
Malaysia yang boleh menyokong atau memilih mana-mana parti politik yang
sah dan berdaftar sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Jangan mengongkong minda dan jiwa warga pendidik dengan penjajahan alaf
baru yang merugikan negara.
7. Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor
ingin menegaskan bahawa kenyataan naif seperti ini akan menyebabkan
warga pendidik semakin bertambah benci dengan UMNO dan bukan sebaliknya.
“Bangkit Pendidik Memimpin Perubahan!”
Pn.Normala Binti Sudirman
Pengerusi Lajnah Pendidikan
Badan Perhubungan Negeri Johor Sesi 2017/2019.
(IKLAN: Antara buku-buku terakhir Ahmad Lutfi Othman: Catatan Hujung, Pencuri Pilih Anjing, dan Lorong Sunyi Media Bebas. Sesiapa yang belum memilikinya, dan berminat, boleh hubungi Ahmad Luqman Hakim 019-2903291, dengan harga istimewa, potongan 50%.)






Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.