https://critoxium.com/shop/

Terkini

Pelancaran Gagasan Sejahtera Kedah





 Pada hari ini Parti Islam se-Malaysia (PAS) negeri Kedah, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Kedah dan beberapa NGO mengambil inisiatif mengadakan majlis taaruf bertujuan mengembangkan blok Gagasan Sejahtera ke negeri Kedah. 


Hasrat penubuhan blok ini adalah untuk memberi ruang kepada rakyat berpatisipasi secara matang dalam menggerakkan demokrasi ke arah lebih sejahtera sesuai dengan variasi tuntutan yang diperjuangkan.

Pembentukan Gagasan Sejahtera memperlihatkan koalisi blok yang menggabungkan parti2 politik tanahair seperti PAS, Parti IKATAN dan Parti BERJASA, NGO misalnya MAPIM, Kongres Rakyat serta lain2 pertubuhan yang bercita2 mewujudkan masyarakat dan negara yang sejahtera.

Rakyat seharusnya diberikan peluang memilih parti politik yang diyakini dapat memelihara mereka dengan penuh keadilan, kesejahteraan dan harmoni, seterusnya membangunkan negeri dan negara berteraskan prinsip2 Islam.

Bagi merialisasikan tujuan ini, maka dimaklumkan satu program pelancaran Blok Gagasan Sejahtera yang akan berlansung pada 25 Februari 2018 bertempat di Kompleks PAS Kedah. Oleh itu, seluruh rakyat Kedah dijemput hadir ke majlis bersejarah tersebut

Dr. Ahmad Fakhruddin bin Fakhrurazi
Pengerusi Gagasan Sejahtera Kedah
Dr. Samarudin bin Md. Rejab
Tim. Pengerusi Gagasan Sejahtera Kedah.
27 Januari 2018
(IKLAN: Antara buku-buku terakhir Ahmad Lutfi Othman: Catatan Hujung, Pencuri Pilih Anjing, dan Lorong Sunyi Media Bebas. Sesiapa yang belum memilikinya, dan berminat, boleh hubungi Ahmad Luqman Hakim 019-2903291, dengan harga istimewa, potongan 50%.)

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.