https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kerusi Melayu di Pulau Pinang jadi rebutan dalam Pakatan

Oleh Looi Sue-Chern

PAKATAN Harapan di Pulau Pinang berdepan masalah dalam menentukan pembahagian kerusi di kalangan tiga parti komponennya bagi kawasan majoriti Melayu untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Lebih daripada satu parti sedang mengintai kerusi seperti Balik Pulau, Tasek Gelugor dan Kepala Batas, kawasan Parlimen yang kini dipegang oleh Barisan Nasional (BN).

Rundingan kerusi menjadi tegang, sumber daripada Bersatu dan Amanah di Pulau Pinang memberitahu

Terdapat 13 kerusi persekutuan dan 40 kerusi negeri di Pulau Pinang, yang ditadbir oleh PH. Pembangkang mengambil alih kerajaan negeri dalam PRU 2008.

Daripada jumlah ini, BN memegang tiga kerusi Parlimen dan 10 kerusi negeri. 10 kerusi negeri di bawah Umno-BN ialah Penaga, Bertam, Pinang Tunggal, Permatang Berangan, Sungai Dua, Teluk Air Tawar, Sungai Acheh, Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang.

Bersatu, parti terbaru PH, juga sedang mengintai semua kerusi Umno sedia ada yang gagal dimenangi PKR dan PAS dalam pilihan raya sebelumnya.

"PKR mahukan beberapa kerusi negeri ini, selain daripada apa yang mereka ada dan akan mempertahankan. Ia menjadikan perbincangan sukar.

"Perbincangan tegang," kata seorang sumber daripada Bersatu.

Bersatu dan Amanah – parti serpihan Umno dan PAS – sementara PKR lebih lama, susulan era reformasi selepas bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, kini pengerusi Bersatu dan ketua PH, memecat Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada lewat 1990-an.

Balik Pulau

Pada PRU 2013, PKR bertanding empat kerusi Parlimen dan 16 kerusi negeri. Ia menghantar berjaya memenangi Permatang Pauh, Nibong Tebal dan Bayan Baru, tetapi hilang Balik Pulau.

PKR dan Bersatu kini inginkan semula Balik Pulau, yang BN rampas daripada PKR pada 2013 dengan kemenangan tipis sebanyak 1,539 undi.

Tiga kerusi DUN di Balik Pulau – Bayan Lepas, Pulau Betong dan Teluk Bahang – juga dimenangi oleh BN, dengan majoriti undi antara 395 dan 801.

Bukan sahaja PKR bersaing untuk bertanding semua kerusi persekutuan yang sama sebelum ini di Pulau Pinang, tetapi juga kerusi negeri.

Pada 2013, parti itu memenangi 10 kerusi DUN – Penanti, Seberang Jaya, Machang Bubuk, Bukit Tengah, Bukit Tambun, Sungai Bakap, Kebun Bunga, Batu Maung, Batu Uban dan Pantai Jerejak.
Tetapi gagal menawan Bertam, Pinang Tunggal, Teluk Air Tawar, Sungai Acheh, Teluk Bahang dan Pulau Betong.

Sumber dalaman PKR berkata, partinya bersaing untuk bertanding lagi semua kerusi persekutuan dan negeri yang sama, seperti pada pilihan raya umum lalu.

Tasek Gelugor dan Kepala Batas

Memandangkan bilangan kerusi yang ingin ditandingi PKR, hanya tinggil sedikit kerusi bagi Bersatu dan Amanah, yang dipimpin oleh bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Amanah mempunyai ahli paling sedikit di antara empat parti komponen PH.

Sumber parti berkata, Amanah bercadang bertanding di semua kerusi yang sebelum ini dipertandingkan oleh PAS, punca perpecahan Pakatan Rakyat yang termasuk PKR dan DAP.

Ini bermakna Amanah mengintai kerusi Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor, serta enam kerusi DUN – Penaga, Permatang Berangan, Sungai Dua, Permatang Pasir, Sungai Acheh dan Bayan Lepas – yang ditandingi PAS pada 2013 dan kalah, kecuali Permatang Pasir.

Sumber Amanah berkata partinya pasti akan bertanding untuk Tasek Gelugor, Bayan Lepas dan Permatang Pasir.

Presiden parti Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berasal dari Tasek Gelugor.

Tetapi Bersatu juga membuat tuntutan ke atas Tasek Gelugor, dengan Timbalan Pengerusi Pulau Pinang, Mohd Shariff Omar sebagai ahli Parlimen di sini dari 1999 hingga 2008. Bekas Umno itu juga merupakan bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani.

"Kami juga sedang berusaha mendapatkan sokongan pengundi di Tasek Gelugor dan Kepala Batas," kata sumber Amanah Pulau Pinang.

"Tetapi polisi kami tetap berpegang kepada persetujuan bersama. Kami masih berunding kerusi dengan rakan kongsi PH. Kita mungkin memberi laluan kepada Bersatu."

Beliau berkata "percaturan kerusi agak tegang" tetapi optimis penyelesaian akan dicapai.
"Akan ada kerusi PKR yang diingini oleh Bersatu. Tetapi saya pasti PH boleh mencari jalan penyelesaian ... situasi menang-menang untuk semua.

"Amanah, PKR dan DAP perlu berjiwa besar menerima kewujudan Bersatu. Matlamat utama adalah untuk menewaskan BN dan sampai ke Putrajaya," katanya.

Tiada pertelingkahan di kerusi DAP

Sumber Bersatu itu berkata tiada perbalahan mengenai Amanah ke Permatang Pasir, kubu kuat PAS dan satu-satunya kerusi dimenanginya.

Tiada pertikaian juga terhadap tujuh kerusi Parlimen dan 19 kerusi DUN yang dipegang oleh DAP, kerana ia merupakan kerusi Cina.

"DAP akan mempertahankan kerusi yang dipegangnya. Ia tidak meminta tambahan," katanya.
DAP memegang kerusi Parlimen Bagan, Batu Kawan, Bukit Mertajam, Tanjong, Bukit Bendera, Bukit Gelugor dan Jelutong.

Sebanyak 19 kerusinya ialah Sungai Puyu, Bagan Jermal, Bagan Dalam, Berapit, Padang Lalang, Jawi, Prai, Air Puteh, Pulau Tikus, Tanjung Bungah, Padang Kota, Komtar, Pengkalan Kota, Sungai Pinang, Datuk Keramat, Batu Lancang, Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong.

Menurut sumber itu lagi, jika Pulau Pinang PH tidak dapat membuat keputusan mengenai pembahagian kerusi, keputusan itu mungkin diserahkan kepada kepimpinan gabungan.

"Pulau Pinang mengadakan pertemuan dengan Tun (Dr Mahathir) pada awal Disember.

"Ia sudah mengatakan jika percaturan kerusi tidak dapat diselesaikan, Majlis Presiden akan memutuskannya," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi PH Pulau Pinang, Marzuki Yahya, yang juga ketua Bersatu di negeri itu, menafikan perbincangan di peringkat negeri tegang.

"Pemimpin kami di sini matang. Kita boleh menyelesaikan kerusi persekutuan dan negeri di Pulau Pinang," katanya

Marzuki mengakui terdapat permintaan yang bertindih bagi beberapa kerusi, seperti Bersatu dan PKR yang inginkan Balik Pulau.

"PKR mempunyai hak untuk meminta tetapi kita tidak boleh mengatakan kita mahukan kerusi tanpa mengkaji kawasan Umno dan apa yang dikehendaki oleh pengundi. Anda tidak boleh mendapat apa yang diingini jika orang di sana tidak mahukan anda.

"Kita perlu melihat parti mana yang mendapat sokongan rakyat di setiap kerusi. Kami masih berbincang dan menunggu laporan dari peringkat bawahan.

"Kerusi DUN hampir dimuktamadkan. Kami sepatutnya dapat menyelesaikan perkara ini bulan ini," katanya.

BN dijangka bertanding di semua 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, secara tradisinya.

PAS, yang kini menjadi sebahagian blok pembangkang yang lebih kecil, Gagasan Sejahtera, dikatakan sedang melihat lebih daripada dua kerusi Parlimen dan enam kerusi negeri yang dipertandingkan sebelum ini.

Ini dijangka mewujudkan pertarungan tiga penjuru dengan BN dan PH.

Pada Julai tahun lalu, Astro Awani melaporkan PAS Pulau Pinang sedang mengkaji 25 kerusi negeri di Pulau Pinang untuk menilai peluangnya.

PAS juga menyatakan minat untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dipegang oleh PKR.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.