https://critoxium.com/shop/

Terkini

Kenapa Saya Bersama Pas ?


Oleh Zaharudin Muhammad

Dalam kaedah Usul Fiqh yang penting, terdapat kaedah berbunyi: مقدمة الواجب. Boleh terjemah bahasa melayu lita sebagai "pra syarat wajib". Contohnya wudhu utk solat yang wajib.

Hukum asal wudhu ijmak adalah tidak wajib tetapi hukum tidak wajib ini tak boleh match dengan hukum wajib solat. Bagaimana logik solat kena laksana tapi wudhu pula ikutlah nak ambil ke tak nak bil. Jadi x match. Oleh itu, berdasarkan kaedah ini, wudhu yang sunat utk solat yang wajib berubah menjadi wajib kerana solat yg wajib tidak sah melainkan wajib ada wudhu. Seprtinya juga Haji yang wajib, tak boleh laksana melainkan naik kapal terbang atau berkenderaan ke Mekah. Asal hukum naik kapal terbang dan berkenderaan ke Mekah harus tetapi kalau hj boleh laksana melainkan naik kapal terbang, kapal laut dan lain2 kenderaan, maka berkenderaan juga hukumnya wajib. Jadi tak masuk akal nak solat tapi tak mahu ambil wudhu dgn alasan ambil wudhu sunat. Nak pergi haji tapi tak mahu berkenderaan dengan alasan berkenderaan hukimnya sunat.

Begitu juga dgn politik kepartian. Ia umpama wudhuk yang menjadi wasilah penyempurna kepada hukum wajib yang banyak seperti wajib undang2 yang terdiri daripada hudud, qisas dan lain2. Begitu juga wajib ekonomi yang terdiri darilada wajib kutip cukai dsripada orang kaya, agihkan cukai kepada 8 bahagian penerima. Dan lain lain.

Rasionalnya fiqh meletakkan syarat penting bagi pemimpin gerakan Islam tertinggi mestilah fukaha. Justeru hanya fukaha merupakan profession yang belajar secara takhassus (specialist) dalam bidang pentadbiran negara yang tahu mana wajib yang perlu dilaksanakan (makruf) dan mana haram yang perlu dihentikan (mungkar).

Saya nak fokus 1 poin dalam ekonomi yg wajib dilaksanakan oleh pemerintah muslim yg beriman, iaitu subsidi dan bantuan untuk pemusafir termasuk subsidi minyak guna sifarkan perjalanan rakyat salah satu perkara wajib dalam ekonomi Islam.

Meminimizekan kos perjalanan adalah wajib bukan sunat. Hukum ini tak boleh laksana melainlan mesti ada kerajaan. Kerajaan tak boleh kuasai melainkan mesti ada parti politik yang faham kewajipan ini. Maka berpolitik bagi menegakkan hukum ini adalah wajib sebagaimana wajibnya hukum tersebut. Jadi kalau berpolitik semata2 nak jadi kerajaan dan parti dan pemimpin kita jadi PM, tapi hukum tu semua kelaut, maka seumpama orang yg hebat berwudhuduk tapi solat tak tahu.

Saya akan buktikan dengan jelas bahawa bagaimana bukan fukaha walau diihat hebat tapi sebenarnya tidak layak dari segi hukum menerajui umat kerana dia seumpama faham wudhu tapi x faham solat. Faham politik kepartian tetapi tak faham apa yg perlu dibuat jika memerintah Malaysia.

Nota: Rafizi lagi tak faham apa2.

Jadi tunggu ulasan saya terdekat.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.