Kuil Haram Di Kedah: Kenapa Kerajaan PAS Masih Diam?
Oleh Aman Muhammad
Alhamdulillah, pagi ni aku sekali lagi telah menghubungi PBT Kedah berhubung isu binaan kuil yang meragukan di lebuhraya Jitra-Bukit Kayu Hitam yang bersebelahan dengan Institut Kemahiran Belia Negara.
Panggilan aku telah disambungkan ke pegawai betugas, namanya En. Z.
Perbualan aku dengan En. Z alhamdulillah sangat harmoni dan mesra dan dia sangat memberi kerjasama.
Ini rumusan ringkas hasil perbualan aku dengan En. Z:
1. Status kuil yang berada di tepi lebuhraya Jitra-Bukit Kayu Hitam, adalah TIDAK SAH.
2. Aku juga bangkitkan beberapa binaan kuil lain seperti di bulatan Jitra, bersebelahan dengan stesen minyak BHP Petrol, juga adalah TIDAK SAH.
3. Aku juga ada sebut mengenai ada sekurang-kurangnya 7 kuil dalam sekitar daerah Kubang Pasu, ada 3 lagi di tepi Sungai Besar, dia pun agak terperanjat bila aku sebut.
4. Aku tanya dia, apa status kuil-kuil yang lain? En. Z cakap pihak majlis kena semak balik sebab, tak boleh nak cakap secara tepat, tapi pandangan peribadi, kebanyakannya adalah TIDAK SAH.
5. Jadi aku tanya dia, apa tindakan Majlis Perbandaran Kubang Pasu terhadap kesemua isu kuil ni?
6. En. Z ada beritahu, pihak majlis ada ambil tindakan ke atas kuil yang kat Bulatan Jitra tu, iaitu memberi notis amaran kerana ada aduan oleh penduduk kat situ.
7. En. Z ada beritahu beberapa maklumat detail mengenai tanah kuil kat situ, dan bila aku tanya apakah tanah di situ dah jadi status RIBI dan jawapannya tidak, dengan kata lain kuil kat situ adalah TIDAK SAH.
8. Aku tanya lagi, kenapa pihak majlis tak ambil tindakan seperti roboh ke apa. Dia cepat-cepat jawab tak boleh roboh macam tu, sebab binaan melibatkan kuil ni sangat rumit dan banyak proses kena buat.
9. Dia terangkan secara ringkas apa proses yang boleh membawa tindakan meroboh, dan keputusan akhir untuk dapatkan perintah meroboh, mesti datang dari kerajaan negeri, bukan dari PBT.
10. Kalau PBT saja nak pi roboh tak kuat, katanya.
11. Di akhir perbualan, aku ada memberi cadangan, kalau boleh pihak Majlis Perbandaran Kubang Pasu keluarkan satu senarai kesemua kuil yang ada dalam daerah Kubang Pasu, nyatakan atau labelkan yang mana satu sah dan tidak sah.
12. En. Z kata kalau letak senarai kuil saja macam tak elok juga, tapi kalau keluarkan senarai kesemua rumah ibadat termasuk masjid dan tokong tu boleh buat, tapi makan tahun la jugak nak buat senarai tu.
13. Eh, makan tahun? Aku tanya kenapa lama sangat?
14. En Z jelaskan, nak keluarkan senarai tu perlu pengesahan banyak agensi lain, kena bukak fail-fail lama dan sebagainya.
15. Aku hanya jawab OK dan aku beritahu harap pihak Majlis dapat buat dengan segera.
16. Aku ucapkan terima kasih dan mengakhiri perbualan.
Kesimpulan ringkas.
PBT Kedah kalau nak roboh kuil haram mesti dapat notis perintah dari kerajaan negeri terlebih dahulu.
Dan PAS adalah kerajaan negeri Kedah.
Dan kenapa kerajaan PAS Kedah masih tidak mahu bertindak tegas meroboh dan menangkap penceroboh kuil haram?
Yang ni kena Menteri Besar Kedah jawab.
Sumber: FB Aman Muhammad




Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.