https://critoxium.com/shop/

Terkini

PAS Perlu Tahu: RM40 Juta Dana PN, Halal Atau Haram?


Oleh Muhammad Fairul Al Qasas

PN dapat Dana judi? Rafizi tanya dapat maklumat mana? Fadhli Shaari gembira Rafizi bersihkan PN?

1. Umum mengetahui bahawa PN telah berbelanja dengan amat mewah semasa PRU-15 dan PRN Melaka dan Johor.

2. Apabila Anwar membentuk kerajaan, dalam mesyuarat kabinet pertama, PM Anwar telah membayangkan kemungkinan PN dapat dana judi.

3. Hal ini kerana PN telah berbelanja mewah dan mereka juga telah menaikkan cabutan khas judi. Sangat pelik bagi sebuah kerajaan yang mengaku sebagai Melayu Islam dan ada Parti Islam didalamnya.

4. Selain itu jumlah cukai judi juga berkurangan, sedangkan cabutan meningkat, ini membawa kepada syak sebahagian cukai dialirkan untuk dana PN.

5. SPRM masih lagi membangunkan kes ini walaupun telah ada penahanan orang tertentu dan membekukan puluhan juta dana.

6. Tapi kenapa tiada pendakwaan?

7. Adakah benar ini hanya satu fitnah dan intimidasi politik?

8. Sebenarnya jika seseorang itu biasa dengan undang-undang dia mesti faham, bahawa pihak pendakwaan akan mendakwa kes yang mereka yakin akan menang atau berpotensi besar untuk menang. Tak silap saya melebihi 80% potensi memang.

9. Ini kerana pihak pendakwaan mewakili kerajaan. Kekalahan kerajaan akan menyebabkan reputasi yang buruk. Bukan maksudnya tak boleh kalah langsung, tetapi sebolehnya tidak kalah.

10. Tiada pendakwaan bukan bermakna tiada kes. Tetapi bukti yang kurang atau terdapat 'loophole' iaitu kelemahan undang-undang yang boleh menyebabkan secara teknikal kes ditolak oleh Mahkamah atau dengan mudah tertuduh boleh menang.

11. Contohnya apakah kesalahan jika menerima derma dari syarikat judi?

12. Ada bukti atau tidak derma dikaitkan dengan arahan tiada penguatkuasaan terhadap judi haram?

13. Dalam kes ini sejumlah RM40 juta telah dibekukan.

14. Adakah dana ini masih disimpan oleh SPRM? Atau telah menjadi milik kerajaan? Atau adakah telah dipulangkan oleh SPRM kepada pemilik asal?

15. Jika belum, mengapa pihak yang dirampas tidak menyaman SPRM memulangkan wang tersebut?

16. Adakah mereka sedar mereka salah dan lebih rela membiarkan duit tersebut dirampas daripada menuntut kembali daripada SPRM?

17. Banyak isu teknikal sebenarnya. Tetapi untuk mengatakan yang dana judi terhadap PN ini hanya satu fitnah dan intimidasi adalah tidak tepat.

18. Yang paling tepat ialah PAS perlu tanya datang dari mana dana ratusan juta yang dibelanjakan oleh PN walhal Bersatu adalah parti baru.

19. Adakah wang ini halal atau haram?

Situ duduk untuk Fadhli Shaari tanya.

Terima kasih

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.