Melayu susah, diikat sejak zaman Umno-Mahathir
Oleh DR AZMAN IBRAHIM
BUDAYA dan nilai hidup yang dipegang masyarakat Melayu di negara ini menyebabkan kaum Melayu ketinggalan, kata Dr Mahathir.
Orang Melayu hidup selama 22 tahun di bawah Mahathir. Hasil dari
didikan Mahathir selama tempoh itu, biasa kita jumpa dalam masyarakat
senario sebegini:
Bila kita bangkitkan hal keperitan hidup rakyat, pengundi tegar
Umno tanya, berapa peratus rakyat Malaysia makan rumput dan pasir?
Inilah antara punca Umno masih kekal. Ramai lagi yang tunggu susah
sampai makan rumput maka baru nak berhenti sokong Umno. Nasib baik
sungguh kamu Umno! Siapa yang didik semua ini kalau bukan Mahathir.
Bila kita cerita hal harga barang naik, mereka jawab, walaupun
mahal nasib baik barang ada. Apa akan jadi kalau barang-barang tak ada?
Yang jawab ini adalah pengundi tegar parti yang pernah dipimpin
Mahathir.
Seorang tukang kebun sekolah rendah tempat saya belajar dulu
berlagak macam guru besar kerana dia adalah seorang ketua cawangan parti
Mahathir dulu. Siapa yang ajar dia bersikap begitu?
Ayah saya yang nak tandatangan borang sekolah anak dengan JKKK,
siap kena tadah telinga dulu padahal ayah saya Melayu. Bukan nak minta
duit pun. JKKK juga adalah seorang Melayu ketua cawangan parti Mahathir
dulu.
Orang kampung pesawah padi zaman Mahathir yang tak menyokong parti
Mahathir, jangan mimpi nak tengok baja subsidi padahal baja diperlukan
untuk padi. Pesawah ini pun orang Melayu.
Zaman Mahathir, negeri-negeri majoriti Melayu Islam tak dapat
pertambahan kerusi kerana bimbangkan perkembangan pengaruh PAS.
Contohnya, Terengganu hanya ada 8 kerusi parlimen sahaja. Siapa punya
angkara kalau bukan Mahathir sehingga suara orang Melayu semakin
berkurangan di parlimen.
Mahathir juga yang tarik balik royalti minyak dari sebuah negeri Melayu bernama Terengganu.
Mahathir adalah orangnya yang telah menyekat pelbagai bantuan
kepada Kelantan. Apa Mahathir ingat Arwah Tok Guru Nik Aziz yang jadi MB
Kelantan itu Bangla?
Melayu yang sanggup tinggal budaya dan nilai hidup untuk berubah,
bagi Mahathir, contohilah anak saya Marina, Mokhzani dan Mirzan.
Melayu lain akan terus ditekan dan diperbodohkan agar mereka terus
setia menjadi pengundi tegar Umno. Baru sekarang Mahathir bersuara
tentang nasib Melayu?
DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat





Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.