PKR bakal mendapat kerusi Parlimen paling banyak untuk
ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) manakala Dr Mahathir
Mohamad akan dinamakan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan
(PH).
Konsensus itu dicapai selepas pemimpin kanan PH mencapai kata sepakat
pembahagian kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia malam tadi dalam
rundingan yang selesai lebih kurang 8.30 malam.
Sumber dari Bersatu, PKR, DAP dan Amanah memberitahu The Malaysian
Insight kata sepakat itu terkandung dalam satu memorandum persefahaman
yang ditandatangani oleh semua pemimpin parti malam tadi.
Butiran lanjut konsensus itu akan diumumkan pada Konvensyen PH di Shah Alam hari ini, kata mereka
Menurut sumber PH itu, Bersatu akan bertanding 52 daripada 165 kerusi
Parlimen di Semenanjung Malaysia, PKR 51, DAP 35 dan Amanah 27.
Dengan mengambil kira jumlah kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak, PKR mendapat agihan paling banyak.
"Bersatu dapat kerusi paling banyak di Semenanjung. Secara
keseluruhan, PKR akan dapat paling banyak kerusi, termasuk di Sabah dan
Sarawak," kata seorang sumber yang maklum tentang rundingan tersebut,
dengan syarat tidak dinamakan.
“Kebanyakan kerusi dipersetujui pada Jumaat malam, manakala hanya
beberapa kerusi melibatkan Bersatu, PKR dan Amanah dimuktamadkan malam
tadi," kata seorang sumber lain.
Rundingan pembahagian kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia itu
diselesaikan malam tadi juga, sebelum konvensyen berlangsung hari ini.
Selain mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri PH,
konvensyen hari ini juga akan mengumumkan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan
Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri.
Selepas Mesyuarat Majlis Presiden PH pada Khamis lalu, Dr Mahathir,
yang juga pengerusi PH, berkata nama calon perdana menteri dan timbalan
perdana menteri gabungan itu serta jumlah kerusi yang akan ditandingi
akan diumumkan pada konvensyen hari ini.
Cadangan menggandingkan Dr Mahathir dan Wan Azizah sebagai calon
perdana menteri dan timbalan perdana menteri mula timbul dalam pemukiman
PH pada 1 dan 2 Disember yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di
Putrajaya.
Bagaimanapun, cadangan itu tidak dapat dimuktamadkan kerana PKR mahu membincangkannya terlebih dulu pada peringkat parti, walaupun Bersatu, DAP dan Amanah sudah menyetujuinya.
Dalam mesyuarat biro politik PKR tiga hari selepas pemukiman itu,
parti itu tidak mencapai kata putus bersetuju atau menolak cadangan
tersebut sebaliknya mengatakan mahu meneruskan perbincangan lanjut.
Pada 28 Disember lalu, satu sumber mendedahkan PKR meletakkan tiga
syarat sebelum dapat bersetuju Dr Mahathir dinamakan sebagai calon
perdana menteri PH.
Antara syarat itu
termasuk membebaskan Anwar Ibrahim dalam masa tidak sampai setahun
selepas PH jadi kerajaan persekutuan, dan PKR dapat majoriti kerusi
parlimen di Semenanjung Malaysia.
PKR dalam kenyataan rasmi mengulas laporan itu bagaimanapun sekali
lagi meminta ruang dan masa tambahan untuk meneruskan perbincangan pada
peringkat parti.
Mesyuarat Majlis Presiden PH pada Khamis lepas dilaporkan sepatutnya
membuat keputusan akhir namun tertangguh kerana mesej daripada ketua
umum PKR, Anwar yang mahu cadangan itu dibincangkan bersama aktivis dan pertubuhan masyarakat sivil.
Anwar dalam kenyataan medianya berkata kekuatan PH adalah "suara rakyat terbanyak" dan mahu cadangan calon perdana menteri itu dirundingkan dengan pertubuhan dan aktivis masyarakat.
Beberapa pemimpin kanan PH sebelum ini mendukung idea untuk gabungan
pembangkang itu menamakan bakal perdana menterinya sebelum PRU14.
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub mengingatkan PH agar jangan mengulangi kesilapan Pakatan Rakyat tidak menamakan calon perdana menteri sehingga membawa kepada perpecahan dalaman PAS dan runtuhnya kerjasama politik itu.
Setiausaha Agung PH Saifuddin Abdullah berkata gabungan itu sudah belajar daripada sejarah dan kerana itulah ia mahu menamakan calon perdana menterinya kali ini sebelum pilihan raya umum.
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dalam temubual bersama The Malaysian Insight minggu lalu berkata PH tidak ada pilihan
kecuali menamakan bakal perdana menterinya sebelum PRU14 kerana rakyat
mahu tahu apa pilihan yang ditawarkan oleh gabungan pembangkang itu
untuk mengubah Malaysia
PKR tanding kerusi terbanyak pada PRU14
Reviewed by DetikDaily
on
Januari 07, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Oleh Zaharudin Muhammad Dalam kaedah Usul Fiqh yang penting, terdapat kaedah berbunyi: مقدمة الواجب. Boleh terjemah bahasa melayu lita seba...
Bicara Islam
Comments
Recent Comments:
Recent Posts
Email
Teknologi
Wawancara
Notis
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.