PEMILIHAN Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya
pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang hanya akan
mencetuskan ketidakstabilan politik, kata Ketua Pemuda Barisan Nasional
(BN) Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ini kerana masyarakat dan pelabur luar tidak
mengetahui selama mana pengerusi Bersatu itu akan memegang jawatan
nombor satu negara, memandangkan sebelum ini terdapat ura-ura mengatakan
beliau akan memegang jawatan itu untuk sementara.
"Terdapat usaha daripada pembangkang untuk memohon pengampunan
terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim (yang
sedang menjalani hukuman penjara) untuk dibebaskan secepat mungkin
untuk dijadikan sebagai perdana menteri.
"Saya dengar tadi mereka (pakatan pembangkang) telah umumkan calon
perdana menteri dan seperti yang dijangkakan Tun Mahathir dan
timbalannya Dr Wan Azizah (Wan Ismail).
"Ini akan menimbulkan pergolakan dalam parti dan ini juga akan
memberi ketidakyakinan dalam kalangan pelabur (iaitu) selama mana Tun M
akan menjadi perdana menteri, dan bila Anwar akan mengambil alih sebagai
perdana menteri. Kalau saya jadi pelabur, saya akan berfikir dua tiga
kali sebelum membuat pelaburan besar sebab tak tahu apakah corak
pentadbiran mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera
pilihan raya BN bagi Parlimen Jelebu di Jelebu. Turut hadir Pengerusi BN
Jelebu Jalaluddin Alias, Timbalan Pengerusi BN Jelebu Baharudin Jali
serta 6,000 anggota BN.
Terdahulu, Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno dalam ucapannya berkata
kebanyakan pelabur memilih untuk melabur di Malaysia kerana kestabilan
politik yang dimiliki negara hasil pentadbiran BN kerana tidak perlu
risau akan adanya rampasan kuasa dan kacau bilau.
“Kalau kita imbas peristiwa pada 1998, pergolakan negara berlaku
disebabkan antara Dr Mahathir (ketika itu perdana menteri) dan Anwar
(ketika itu dipecat sebagai timbalan perdana menteri oleh Dr Mahathir).
"Hari ini mungkin mereka bersahabat kerana mereka ada musuh yang
sama… pergolakan 1998 tak mungkin dilupakan begitu sahaja… ingat senang
ke Dr Mahathir nak bagi (jawatan perdana menteri) selepas enam bulan
atau setahun (pegang jawatan itu)… ingat senang Anwar nak sabar nak
tunggu untuk jadi perdana menteri," katanya.
Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata janji pembangkang
seperti untuk memberikan tol dan pendidikan percuma hanya sedap di halwa
telinga namun implikasinya akan menyebabkan negara menuju ke arah
muflis.
"Kalau pembangkang ambil alih negara dengan memberikan segala-galanya
percuma, akan runtuhlah ekonomi negara," katanya sambil menegaskan BN
selama mentadbir negara tidak pernah menawarkan janji manis dan harapan
palsu kepada rakyat. – Bernama
Politik tak stabil kalau Dr Mahathir jadi PM, kata Khairy
Reviewed by DetikDaily
on
Januari 08, 2018
Rating: 5
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.
Sebarang kemusykilan,cadangan,teguran,kritikan dan sumbangan artikel srta pertanyaan boleh hubungi pihak kami di Email :denyutreformasi@gmail.com
Jumlah Paparan Halaman
PERINGATAN : Apa jua yang disiar dalam web/blog ini adalah pendapat penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan web denyutan Reformasi.Kami tidak bertanggungjawab atas komen pembaca. Ia adalah pandangan peribadi pembaca dan tidak mewakili pandangan dan pendirian kami. Pihak kami berhak memadam komen yang tidak wajar atau dianggap keterlaluan.Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan. Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.