Program Seni - Budaya Paksi 2018
Oleh Dinsman
Alhamdulillah waktu berlalu dan kini kita memasuki 2018. Umur meningkat – bukan sahaja kerana tahun bertukar tetapi umur meningkat setiap hari dan setiap saat, kita semakin dewasa dan semakin tua, insya Allah kita tidak sia-siakan waktu yang dikurniakan Allah swt kepada kita – menjelang tibanya saat kita dimatikan!
Okey, sengaja nak sebut sedikit beberapa perancangan seni-budaya PAKSI di awal tahun 2018 ini. Pertama, kita akan aktifkan semula Baca Puisi Bumbung (BPB) di Institut Darul Ehsan (IDE), Shah Alam, yang kita hentikan sementara beberapa bulan lalu.
Program bulanan ini kita rancang akan dimulakan pada Rabu 17 Januari. Nasser cadangkan tahun ini kita fokus kepada tema Sasterawan Negara. Satu cadangan yang baik, dan disambut baik oleh Bahrin bagi pihak IDE. Kita akan mulakan dengan Shahnon Ahmad, sempena kebetulan kita pun sedang mengingati dia, yang kebetulan baru saja meninggalkan kita 26 Disember lalu.
Memang Shahnon bukan seorang penyair. Walaupun dia ada juga menulis beberapa puisi, seperti dia juga ada menulis skrip drama, tetapi puisi dan drama bukanlah bidang kreatif dia. Shahnon lebih mahir dalam penulisan novel dan cerpen.
Begitu juga beberapa Sasterawan Negara yang lain. Keris Mas, Arenawati, Abdullah Hussein dan S.Othman Kelantan juga bukan penyair. Tetapi sebagai Sasterawan Negara kita tetap mera’ikan mereka dalam siri Baca Puisi Bumbung 2018 ini. Dan kali ini kita bukan saja buat persembahan puisi, tetapi kita juga buat wacana.
Malamnya baca puisi, petangnya kita berwacana; dan wacana adalah mengenai tokoh SN yang menjadi pilihan bulan berkenaan. Untuk 17 Januari ini Wacana Pemikiran Shahnon akan bermula jam 2.00 petang. Nasser bercadang menjemput SN Anwar Ridhwan untuk membicarakan “Pemikiran kritis Shahnon dalam novel-novel pilihan”.
Sesi kedua wacana ialah mengenai novel SHIT. Kami membuat jemputan terbuka kepada sesiapa saja yang berminat, khasnya pengkaji-pengkaji novel, untuk tampil membicarakan novel kontroversi yang pernah mencetuskan fenomena sosio-politik masyarakat kita pada era Reformasi 1999 ini. (Yang berminat, sudilah hubungi saya melalui Messenger Fb: Shamsudin Osman).
Selepas Shahnon, Februari nanti BPB bercadang memfokus Keris Mas, Sasterawan Negara pertama, tetapi jarang-jarang kita ra’ikan dia. Insya Allah Paksi dan IDE akan mera’ikan Keris Mas anak kelahiran Bentong, Pahang, Februari ini.
Kawan-kawan daripada Pahang marilah kita bersama-sama mengisi program bagi mera’ikan Keris Mas. Tak semestinya yang dalam siri BPB sahaja. Boleh juga kita buat aktiviti di Bentong. Atau di Janda Baik, mengambil sempena latar novel ‘Rimba Harapan’.
Dan tahun ini Bahrin mengajak Paksi tambah satu lagi aktiviti bulanan di IDE, iaitu Tonton dan Sembang Filem. Satu aktiviti yang sangat digemari Nasser. Sebelum inipun Nasser pernah beberapa kali menganjurkan sesi Sembang Filem Paksi, bertempat di galeri Xin Art Space, Jalan Jelatik, tetapi dihentikan buat seketika kerana sebab-sebab tertentu.
Insya Allah kita akan aktifkan semula Sembang Filem ini di IDE, bermula Sabtu 20 Januari, 10 pagi. Filem yang kita pilih ialah ‘Ranjau Sepanjang Jalan’, iaitu adaptasi daripada novel Shahnon Ahmad, yang diterbitkan oleh Tan Sri Kamarul Ariffin. Sekiranya kita boleh dapatkan filem tersebut. Kalau tidak, kata Nasser, mungkin kita dapatkan ‘Rice People’, versi Cambodia daripada novel yang sama.
Akan program yang dicadangkan oleh pihak Exco Kebudayaan Selangor untuk dibuat aktiviti puisi dan teater di pokok TAP, yakni bagi menghidupkan peristiwa “Teater Atas Pokok (TAP)” yang dipentaskan 16-17 April 2016 itu – Paksi masih menunggu peruntukan kewangan yang dijanjikan mereka sejak akhir 2016.
Sekiranya mereka mengkotakan janji itu, Paksi bersedia untuk melaksanakannya bila-bila masa sahaja. Insya Allah!
Di samping itu, satu daripada hasil Deklarasi Kuala Kangsar (DKK) yang dianjurkan Paksi bersama dengan Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) bermula April 2017 itu, akan mulai menyemarakkan seni-budaya kebangsaan, di Kuala Kangsar, pada 24 Januari (Rabu) ini.
Acaranya ialah Baca Puisi Bulanan (juga), yang akan dibuat di suatu dataran di tengah-tengah bandar Kuala Kangsar. Ini adalah kerjasama dengan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK). Tema acara pertama ini ialah Puisi Lawan Rasuah.
Sebenarnya ada beberapa aktiviti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat DKK antara Paksi dan ZK (Ziarah Karyawan pimpinan Yassin Salleh), bersama dengan MPKK dan USAS, November lalu.
Baca Puisi Bulanan itu satu daripadanya. Satu lagi yang sedang dalam persediaan sekarang ialah pementasan “Teater Nabi Yusuf”, yang dijangka dibuat April atau Mei depan.
Pementasan ini dibuat bersempena dengan festival khas Kuala Kangsar menyambut 100 tahun Masjid Ubudiah, iaitu salah sebuah masjid yang penting di negara ini, kerana keunikan bentuk atau rekabentuknya yang cantik dan menjadi ikon pelancongan Perak.
Aktiviti lain bersama USAS dan MPKK akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Sementara itu Deklarasi Kuala Kangsar (DKK) juga akan diaktifkan di beberapa tempat lagi pada tahun ini. Kebetulannya Timbalan Presiden Paksi, Kassim Muhamad, memilih untuk memfokus Kelantan. Program pertamanya telah berlangsung 9 Disember lalu, di Balai Kartun Rossem, di Peringat, iaitu bicara buku “Mencari Kewajaran Islam di Malaysia”.
Insya Allah sekitar Februari nanti, inisiatif kawan-kawan seniman-budayawan Kelantan – Rossem, Anbakri dan Ct Puspa, akan dianjurkan suatu pertemuan para seniman-budayawan Kelantan, membincangkan aktiviti-aktiviti seni-budaya yang boleh dibuat bersama. Saya melihat ini selaras dengan gerakan DKK dan juga Tekad Budaya.
Dan satu lagi yang ingin saya sebut ialah satu program berkonsepkan Seni & Masyarakat yang pernah dibuat di Kuala Kubu Baru, Oktober 2015, “Tiga Hari Bersama A.Samad Said”. Ini sedang diusahakan oleh Bendahari Paksi, MD Ridzuan, bersama dengan Yb Lee Kee Hiong, untuk dibuat di Pulau Pinang.
Insya Allah. Bersama-sama kita do’akan.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.