https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tiada yang Mustahil Dalam Politik

Oleh Zin Mahmud

Pemimpin Gerakan kata takkanlah Dr Mahathir yang pernah pecat Anwar akan melantiknya semula untuk jadi Perdana Menteri.

Mari sini kita tengok sejarah politik. Apa apa saja boleh berlaku dalam politik.

Dulu siapa sangka Anwar akan masuk UMNO. Kemudian siapa sangka Dr Mahathir boleh naikkan Anwar sampai jadi Timbalan Perdana Menteri. Juga siapa sangka Dr Mahathir pecat Anwar.

Kemudian siapa sangka Dr Mahathir boleh mengetuai pihak pembangkang melawan UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya umum 1969, siapa sangka Gerakan boleh kalahkan MCA di Pulau Pinang. Kemudian siapa sangka Gerakan boleh duduk bersama dengan MCA dalam Barisan Nasional.

Akhirnya pada tahun 2008, siapa sangka Gerakan kalah kepada DAP di Pulau Pinang.

Politik adalah serba mungkin. Tetapi pada saat ini DAP menjadi pengikut Dr Mahathir dan Gerakan adalah pengikut Najib.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.