https://critoxium.com/shop/

Terkini

Tiga Keadaan Lemah Manusia Dan Bacaannya



Tiga keadaan manusia berapa pada tahap emosi yang lemah dan amat disukai Syaitan:
1. Ketika sedih
2. Ketika marah
3. Ketika takut


Dan di dalam tiga-tiga keadaan ini, kita disuruh mencari Allah. Ada bacaan-bacaan yang perlu dibaca bila mana kita dihimpit oleh ketiga-tiga rasa ini:

1. Ketika sedih
Innalillahi wa inna ilaihi roji'un
(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami akan kembali)

2. Ketika marah
A'uzhubillahi min as-syaitonirrajim
(Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam)

3. Ketika takut
A'uzhu bi kalimatillahi at-tammati min sharri ma kholaq
(Aku berlindung kepada kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kejahatan mahluk yang diciptakan-Nya)

Emosi kita sebenarnya sangat rapuh ketika berada di dalam ketiga-tiga keadaan ini dan syaitan amat menyukainya. Syaitan suka sebab bila emosi kita lemah dia sangat mudah untuk menghasut/menggoda kita.

Sebab itu bila ada orang yg bersedih dan tak cari Allah, dia makin sedih. Ketahuilah bila mana kamu sedih dan mula melayani perasaan dgn lagu-lagu yg sedih, duduk sorang-sorang terkenangkan macam-macam, masa ni Syaitan dah berjaya goda dan hasut kamu. Carilah Allah!

Siapa yang ketika marah dan kemudian ucap macam-macam, dia tak menyesal dengan kata-kata dia?

 Tiada! Bila mana kita tak ingat Allah ketika marah, maka Syaitan akan goda kita utk sebut yang bukan-bukan. Carilah Allah!

Perasaan takut yang berlebih-lebihan terhadap sesuatu selain Allah adalah bahaya, kerana boleh jadi syirik kecil! Maka carilah Allah ketika kamu merasa takut, moga tenang rasa di hati.

Bacalah ayat-ayat di atas sebanyak-banyak nya sehingga hilang rasa sedih, marah dan takut tadi.

Allah juga telah berfirman di dalam Surah ar-Ra'du ayat ke 28:
"Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang"
Moga Allah lindungi kita..Aamiin..

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.