'Azmin joker maksudnya lawak bukan badut'
Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim menjelaskan kenyataan beliau
yang menyebut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali sebagai 'joker' telah disalahtafsirkan.
"Apa yang saya maksudkan adalah lawak untuk beliau berkata bahawa terdapat empat mesyuarat yang telah diadakan dan 80 peratus kerusi telah pun dimuktamadkan.
"AMANAH, DAP dan BERSATU tidak sedar akan perkara ini," Izham memberitahu Malaysiakini lewat malam tadi.
Beliau menyebut perkataan 'joker' bermaksud kenyataan Azmin itu adalah lawak.
Manakala Malaysiakini dalam laporannya semalam telah menggunakan perkataan 'badut' bagi maksud 'joker' di dalam versi Bahasa Melayu berita tersebut.
Perkataan 'joker' mendorong kenyataan marah daripada pimpinan PKR Selangor yang tampil mempertahankan Azmin dan mendakwa Izham sebagai kurang sopan.
Izham turut menjelaskan apa yang dimaksudkan beliau bahawa Azmin selaku Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor perlu mengendalikan hal ehwal gabungan itu dengan lebih baik.
"Beliau patut mengadakan mesyuarat dengan lebih kerap bagi membenarkan masalah diselasaikan secara dalaman," kata beliau.
Terdapat kenyataan yang bercanggah berkenaan status pembahagian kerusi HARAPAN Selangor.
PKR mendakwa rundingan masih berjalan manakala parti-parti lain dalam HARAPAN menyatakan yang sebaliknya.
Meskipun begitu, Malaysiakini difahamkan akar permasalahan berpunca daripada pengagihan 20 kerusi DUN yang sebelum ini ditandingi PAS pada 2013.
Semalam, Azmin menyelar AMANAH berkata parti itu berbohong kerana mendakwa rundingan kerusi ditunda menyebabkan Izham mengeluarkan kenyataan balas tersebut.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.