Celik politik sejak remaja
SEWAKTU usianya 14 tahun,
beliau telah menjadi teman
ayahnya berbicara mengenai
isu-isu politik semasa selain
didedahkan dengan kehebatan
tokoh-tokoh pemimpin dunia.
Setiap hari semangatnya sentiasa berkobar-kobar untuk mendengar kisah dan isu terkini daripada ayahnya.
Bermula menjadi pendengar, lama kelamaan beliau juga mengambil bahagian melontarkan pandangannya mengenai perkara tersebut berdasarkan pembacaan dan pemerhatiannya.
Maka tidak hairanlah, 'sesi bincang politik' menjadi rutin harian Haziq Asyraf Dun bersama keluarga sehingga ke hari ini. Perbincangan mereka kadang-kadang pernah menjangkau sehingga empat jam.
Mungkin kerana kebolehannya berkomunikasi yang telah diasah dari rumah itu menjadikan beliau seorang yang berani untuk ke hadapan sehingga dilantik sebagai setiausaha pengawas semasa belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar, Perlis.
Kebolehannya sebagai pemimpin semakin terserlah semasa menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada 2011.
Sewaktu tahun pertama di UKM, anak kelahiran Kangar ini bersama beberapa orang sahabat memimpin Gerakan Mansuhkan Sistem Kokurikulum Universiti (Geram UKM).
Perjuangan mereka berbaloi apabila sistem tersebut dimansuhkan pihak universiti.
Semasa di tahun kedua pengajian, beliau dipilih sebagai Naib Yang di-Pertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi UKM. Pasa waktu itu pelbagai isu diperjuangkan persatuan tersebut termasuk isu penambahbaikan pusat aktiviti pelajar Fakulti Sains dan Teknologi.
Bagaimanapun, Haziq juga berhadapan dengan cabaran dalam membawa isu-isu berkaitan mahasiswa. Sewaktu diamanahkan sebagai Presiden Pro Mahasiswa UKM iaitu Gabungan Mahasiswa UKM, isu bas merupakan isu besar di UKM pada 2013.
Walaupun terpaksa berdemonstrasi, akhirnya suara mereka didengar Naib Canselor UKM yang turun padang untuk mendengar sendiri keluhan mahasiswa.
Akhirnya syarikat bas Trans Rengit ditukar oleh pengurusan UKM kepada syarikat bas Nadi Putra.
Bagi Haziq, kemanisan perjuangan mahasiswa di UKM adalah apabila menjadi sebahagian daripada penyumbang kemenangan di dalam Pilihanraya Kampus sebagai Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya GMUKM pada tahun 2012-2013.
Dilahirkan pada 25 Mac 1991, anak kepada pasangan Dun Kasa dan Hayazi Abdullah ini mula terlibat secara serius dalam organisasi PAS apabila menjadi ALP Jabatan Amal Malaysia Negeri Perlis pada 2014.
“Saya dapat belajar erti keikhlasan apabila terlibat di dalam Jabatan Amal dan melihat sahabat-sahabat yang bertugas di dalam Jabatan Amal.
“Mereka berjuang berpenat lelah tidak hirau panas terik mahupun hujan. Mereka tetap istiqamah menjaga dan melindungi jemaah,” ujarnya.
Kini beliau diberi tanggungjawab sebagau Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Perlis, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Besar dan Komanden Amal Kawasan Padang Besar.
Beliau juga merupakan Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Perlis, Ketua Penerangan Pemuda Dun Beseri dan Setiausaha PAS Cawangan Bukit Merah.
Guru Sains dan Matematik di Sekolah Rendah Islam Aqrab, Jejawi, Perlis ini juga amat menitik beratkan soal disiplin.
“Saya membuat satu rule dalam diri saya bahawa setiap perkara mampu kita lakukan dengan baik andai kita berusaha dan menyusun perancangan dengan lebih teliti.
“Kerja di sekolah akan cuba saya habiskan di sekolah kerana selepas pulang dari sekolah, iulah masa kerja untuk jemaah.
Bagi saya, disiplin dalam pengurusan hidup adalah kunci kejayaan seseorang,” katanya.
Sebelum mengakhiri perbualannya, Haziq yang menganggap dirinya masih 'rebung' di dalam PAS menitp pesan kepada rakan rakan khususnya ansk muda.
“Tidak ada sesuatu yang boleh kita kejar di dunia, samada pangkat, harta, wanita, nama.
Tetapi di dalam PAS, kita boleh sama-sama kejar kehidupan yang indah di alam kubur dan alam akhirat.”
“Hidup kita umat Nabi Muhammad adalah yang terpendek di antara rasul-rasul yg lain. Jadi perlulah kita ambil berat untuk mencari ilmu sebanyak mungkin dan beramal dengannya,” ujarnya.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.