Godaan syaitan terhadap orang belajar agama
SOALAN: Semakin banyak
saya dengar akhirat (belajar
agama) semakin banyak pula
saya buat dosa. Macam mana
tu ustaz?
JAWAPAN: Itulah ujian namanya. Jika dulu ilmu agama tak macam mana (tak banyak), sekarang bila mengaji dan semakin berilmu, macam-macam ujian pula datang kepada kita. Sebab apa jadi macam itu? Bila kita duduk pada jalan yang benar, maka musuh kita semakin cergas.
Siapa musuh kita? Syaitanlah yang nombor satu. Dia yang paling marah.
Jadi dengan itu, godaan dia makin kuat atau makin slow?
Tentulah makin kuat sebab kita duduk di jalan yang betul.
Itulah sebabnya kita ini kena bermujahadah, berlawan, berperang dengan syaitan.
Bila kita mengaji kena ingat, ramai orang sakit hati. Nombor satu yang wajib sakit hati kepada kita syaitan.
Dulu kita tak belajar bab sembahyang, jadi syaitan tak bimbang sangat kepada kita sebab sembahyang kita tak sah. Sekarang kita dah belajar, syaitan bimbanglah sebab dia takut sembahyang kita sah, maka godaannya pun kuat dan semakin kuat.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.