https://critoxium.com/shop/

Terkini

Hadi: Beri Gagasan Sejahtera satu pengga

PAS mahu rakyat membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang dengan memberi peluang kepada Gagasan Sejahtera yang diterajuinya.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sejak menceburi politik, matlmat parti itu adalah memperjuangkan Islam tetapi rakan sekutunya sebelum ini tidak setia dalam persefahaman tahaluf siyasi apabila mereka melanggar dasar dan matlamat mereka.

Katanya, PAS terus berkembang dengan kekuatan sendiri biarpun pernah kalah dalam beberapa pilihan raya umum (PRU) dan sama sekali tidak terkubur.

"Di atas Islam inilah PAS boleh hidup dan makin berkembang. Walaupun kalah pilihan raya, PAS tidak mati. PAS bukan macam parti lain, kalah pilihan raya, akhirnya mati.

"Kita tidak, kerana akar umbi kita ialah Islam dan terus mengamalkan sikap terbuka. PAS menjadi mangsa, ditenyeh, ditekan dan ditindas sehingga kita menghadapi cabaran luar dan cabaran dalaman," katanya yang dipetik oleh Harakahdaily.

Abdul Hadi berkata demikian ketika pidatonya pada pelancaran Gagasan Sejahtera Peringkat Negeri Kedah di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di Alor Setar, malam semalam.

PAS menubuhkan Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia, BERJASA, Parti Cinta Malaysia (PCM) dan Parti Harapan Malaysia (PHM) setelah terkuburnya Pakatan Rakyat.

"Beri peluang pada Gagasan Sejahtera satu penggal, tengok apa kita buat. Kalau tak percaya, boleh tolak kita pada pilihan raya yang berikutnya.

“Kita bukan nak memerintah duduk atas kerusi dengan tidak menunaikan amanah secara betul.
"Kita mahu rakyat menyertai pilihan raya menunaikan amanah memilih pemimpin yang benar-benar amanah, bukan namanya sahaja amanah," katanya.

Abdul Hadi berkata, sebagai Blok Kuasa Ketiga yang ditubuhkan pada Mac 2016 itu, mereka akan bertanding di sekurang-kurangnya 130 kerusi pada PRU14 nanti dengan tujuan untuk memerintah negara atau setidak-tidaknya menjadi ‘king maker' atau parti penentu.

Jelasnya,'king maker' bermakna tiada parti politik yang mempunyai kerusi mencukupi untuk menubuhkan kerajaan melainkan bergantung kepada PAS dan Gagasan Sejahtera.

Menerusi kedudukan itu, Abdul Hadi berkata, PAS selaku peneraju Gagasan Sejahtera akan meletakkan syarat-syarat pemerintahan yang mesti diikuti untuk bersama dalam sebuah kerajaan.
Apabila itu terjadi, katanya, PAS akan meletakkan syarat, iaitu Islam perlu menjadi asas pemerintahan negara.

Tiada ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.