Kelantan di ambang PRU14
Oleh Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah
SAYA tertarik dengan isu calon luar yang akan bertanding di Parlimen atau Dun Kelantan dalam PRU14. Bagi saya tidak ada masalah untuk calon luar tersebut bertanding tetapi yang penting adalah kebertanggungjawaban selepas PRU14.
Sama ada calon luar tersebut menang atau kalah, sudah menjadi adat dalam mana-mana pertandingan PRU. Ini disebabkan tiap-tiap kali apabila tempoh PRU dalam lingkungan 100 hari bakal berlaku, timbullah pemimpin di sana sini walaupun sebelum ini tidak kelihatan.
Kelantan merupakan negeri di mana 95% pengundi adalah Melayu Islam. Sebuah negeri yang dilihat mempunyai masalah tersendiri berbanding negeri lain. Berbagai-bagai isu sebenarnya kelihatan dalam negeri Kelantan.
Pembangunan yang tidak sekata antara sesebuah daerah dengan daerah lain semakin terserlah.
Lihatlah Kota Bharu di mana bandar Kota Bharu yang lama dan baharu di Lembah Sireh dan Kubang Kerian. Bandar Kota Bharu lama seolah-olah sudah kurang bermaya selepas pukul 7 malam berbanding Kubang Kerian dan Lembah Sireh.
Begitu juga dengan Machang dan Tanah Merah. Bandar Machang kelihatan kurang berfungsi selepas jam 6 petang berbanding Tanah Merah dan Kota Harmoni. Kedua-dua isu ini jika dilihat jaraknya tidak jauh tetapi memberikan satu imej bahawa banyak lagi yang perlu dibuat untuk calon-calon yang akan bertanding PRU14 nanti.
Pembangunan yang tidak sekata ini turut disumbang oleh kurangnya pembangunan perindustrian di Kelantan. Ia amat penting dalam menjana pekerjaan dan pada masa sama membangunkan ekonomi sesebuah kawasan. Pembangunan perindustrian di Kelantan masih ketinggalan walaupun kos buruh yang sederhana murah berbanding negeri lain. Inisiatif pembangunan perindustrian Kelantan amat penting kerana terdapatnya banyak sumber yang masih belum diteroka.
Isu kedua adalah jalan raya berlubang dan sesak setiap kali musim perayaan, perlu dijadikan manifesto PRU negeri Kelantan. Ini disebabkan lebuh raya di Kelantan hanya mempunyai dua lorong berbanding negeri-negeri lain yang mempunyai empat lorong.
Walaupun tidak bertol tetapi lampu jalan juga kekurangan sepanjang lebuh raya yang tidak berpagar.
Situasi ini menyebabkan kemalangan jalan raya semakin meningkat disebabkan faktor kelemahan jalan tersebut. Contoh terbaik perlu diikuti ialah usaha Datuk Jazlan yang memasang lampu jalan sepanjang UiTM Machang sehingga ke bandar Machang dapat meminimumkan kemalangan jalan raya, khususnya waktu malam.
Ada sebahagian jalan dipenuhi dengan haiwan waktu malam khususnya kawasan ladang kelapa sawit dan kampung. Ini boleh mengundang kemalangan maut kepada pemandu waktu malam jika jalan tidak berlampu.
Permasalahan sosial yang berlaku di negeri Kelantan perlu diambil berat oleh setiap YB ataupun penyelaras Dun. Kes-kes melibatkan pil kuda, ketagihan air ketum dan pecah rumah adalah kebiasaan yang berlaku. Manakala, kes ragut, ponteng sekolah dan perjudian haram semakin menjadi-jadi
Situasi ini sebenarnya memerlukan kerajaan negeri, pusat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengambil inisiatif untuk menangani.
Dua faktor yang menyumbang kepada gejala sosial ini adalah kekurangan kompleks sukan dan rekreasi menyebabkan ramai belia terlibat dengan gejala tidak sihat. Majoriti rakyat Kelantan tinggal di bandar dan anak-anak muda ini menghabiskan masa dengan pergaulan bebas tanpa sekatan. Ini menyebabkan keselamatan awam sama ada di taman perumahan mahupun di kompleks beli-belah agak rapuh. Kawalan keselamatan awam seperti pemasangan CCTV, pondok keselamatan dan sebagainya amat diperlukan masa kini.
Isu seterusnya adalah mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat. Ada kalanya barang mentah dan kering yang dijual mempunyai harga berbeza walaupun jarak antara kedai tersebut kurang dari sebatu. Situasi ini semakin serius di kawasan luar bandar negeri Kelantan.
Contohnya harga ayam yang berbeza mengikut kawasan turut menjadi persoalan orang ramai. Begitu juga dengan harga sewa rumah di Kelantan. Ini disebabkan rumah sewa agak terhad kerana majoriti rumah di Kelantan adalah unit banglo. Taman perumahan teres dan rumah pangsa agak kurang mendapat sambutan.
Ini menyebabkan harga rumah banglo semakin meningkat iaitu bagi tahun 2016, harga sebuah rumah banglo antara RM200,000 hingga RM300,000. Tetapi bagi tahun 2017, harga rumah banglo telah meningkat kepada RM300,000 hingga RM400,000. Faktor ini turut disumbangkan oleh peningkatan harga tanah.
Mahu tidak mahu mana-mana calon yang ingin bertanding jangan hanya datang berkampung sewaktu dekat PRU14. Sama ada menang atau kalah, jangan lupa akan pengundi yang menyokong anda. Kasihani mereka yang sangat mengharapkan bantuan anda sebagai YB.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.