Menjelang 2036, dunia akan kekurangan juruterbang
Setiausaha Agung Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) Fang Liu dalam ucapannya di Montreal berkata jumlah penumpang dan penerbangan komersial dijangka meningkat dua kali ganda dalam tempoh 15 tahun tetapi jumlah juruterbang dan pekerja penerbangan dijangka terus menurun.
Liu mengatakan “demografik tidak dapat dielakkan masyarakat berusia, kelahiran rendah dan faktor-faktor lain” menyumbang kepada kekurangan pekerja.
Selain itu, penerbangan juga berdepan persaingan sektor lain yang sedang meningkat naik, katanya.
“Penerbangan perlu melakukan yang terbaik untuk menarik dan mengekalkan pekerja dan pengurus mahir yang diperlukan dalam dekad akan datang,” katanya.
ICAO mengatakan sekurang-kurangnya 620,000 juruterbang diperlukan menjelang 2036 untuk menerbangkan pesawat komersial dengan 100 atau lebih kerusi. Lapan puluh peratus juruterbang yang diperlukan masih belum dilatih.
Memacu peningkatan penggunaan pengangkutan awam adalah peningkatan pelancongan dan peruncitan dalam talian yang bergantung kepada sektor penerbangan untuk menggerakkan industri itu.
Sejumlah 4.1 bilion orang terbang setiap tahun, dan satu pertiga daripada kargo dunia kini menggunakan pengangkutan udara.
Selain kekurangan pekerja, Liu berkata penerbangan awam juga perlu berdepan dengan kesesakan lapangan terbang.
“Misalnya, tidak kurang daripada 24 lapangan terbang antarabangsa di Afrika sekarang akan sesak dan tidak mampu mengurus penerbangan dalam tempoh dua tahun lagi,” katanya. – AFP










Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.