Mohon maaf terbuka sebaiknya untuk Neelofa
Oleh RIZAL TAHIR
KOTA BHARU: Artis
terkenal, Neelofa diminta memohon maaf secara terbuka kepada netizen di
samping memohon keampunan Allah berikutan kaedah pelancaran tudung
barunya yang menjadi kontroversi.
Neelofa atau nama sebenar Nor Neelofa
Mohd Noor, perlu berbuat demikian kerana ianya menjadi satu penghinaan
terhadap Islam itu sendiri.
Timbalan Pengerusi Akademi Tarbiyah
Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi juga turut
melahirkan dukacita apabila artis itu memilih pusat hiburan Zoùk sebagai
medan melancarkan tudung terbarunya.
“Pada masa yang sama mengadakan pertunjukan melampau menampilkan mereka yang bertudung, tetapi cukup galak menyanyi dan menari.
“Ianya langsung tidak menggambarkan identiti seorang yang bertudung sebenar,” ujarnya.
Menurutnya, Islam telah mengajar bagaimana kaum Muslimat menutup aurat cara yang betul.
Menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri itu lagi, amat wajar setelah ditegur netizen, beliau memohon maaf.
Namun, katanya dengan angkuh Neelofa mengatakan beliau tidak hirau dengan teguran.
Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.