Nurul Izzah akan pertahankan Lembah Pantai
PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Nurul Izzah Anwar
hari ini berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah
Pantai pada pilihan raya umum ke-14.
“Saya komited untuk mempertahankan kerusi Lembah Pantai, bagaimanapun
keputusan akhir di tangan pucuk pimpinan,” katanya pada sidang media di
sini.
Nurul Izzah menyandang kerusi itu sejak 2008 selepas beliau mengetepikan Ketua Wanita Umno Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil yang merupakan Anggota Parlimen Lembah Pantai selama tiga penggal.
Pada 2013, Nurul Izzah mempertahankan kerusi itu dengan mengatasi cabaran bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.