PRU 14: HARAPAN mungkin tak dapat guna logo sama, kata Dr M
Parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) mungkin tidak dapat
bertanding di bawah logo yang sama sebaliknya menggunakan logo
masing-masing pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Pengerusi HARAPAN itu berkata ia berikutan kelambatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberi maklum balas terhadap permohonan gabungan itu untuk didaftarkan secara rasmi.
"Kami dalam keadaan tidak pasti kerana tidak tahu sama ada akan bertanding dalam PRU ke-14 atas tiket HARAPAN atau parti secara sendiri.
"Tentulah jika kita bertanding atas tiket parti komponen dengan logo masing-masing, rakyat akan keliru.
"Sebab itu (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak enggan mendaftarkan HARAPAN," kata bekas perdana menteri itu.
Beliau bercakap di hadapan 1,500 orang yang menghadiri program jelajah HARAPAN di Alor Gajah, Melaka, malam ini.
HARAPAN menghantar permohonan pendaftaran pada pertengahan tahun lalu dan Mahathir sebelum ini mendakwa ROS berulang kali sengaja melambat-lambatkan proses itu.
Walaupun mereka tidak dapat bertanding menggunakan logo sama, Mahathir berkata rakyat seharusnya tahu akan empat parti komponen gabungan itu.
"Saya meminta anda semua undi apa saja logo selagi ia bukan dacing atau bulan," katanya disambut tepukan gemuruh hadirin.
Beliau merujuk kepada BN dan PAS yang dikatakan akan menyertai PRU ke-14 melalui Gagasan Sejahtera - kerjasamanya dengan beberapa parti pembangkang kecil.
Pada 21 Februari lalu, beberapa pemimpin HARAPAN memfailkan saman terhadap ROS yang menurut mereka mengabaikan tanggungjawabnya.
Sebelum program ceramah di Alor Gajah itu, beberapa program lebih kecil turut diadakan di sekitarnya.
Misalnya sesi Teh Tarik di Krubong yang turut disertai Mahathir, serta dua rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PKR dan DAP.
Program jelajah turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke.

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.