Pulut kuning hidangan unik Tahun Baharu Cina
PAYA BESAR: PAS Kawasan
Paya Besar menzahirkan hubungan muhibahnya dengan kaum Tionghua setiap
kali sambutan Tahun Baharu Cina dengan menyediakan pulut kuning.
Keharmonian itu terjalin atas rasa
hormat dan saling merai di mana kesukaan orang Cina memakan pulut kuning
disediakan oleh orang Melayu yang mahir dengan masakan tradisi itu.
Penyediaan pulut kuning ternyata satu
keunikan disebalik perayaan yang sinonim dengan warna merah dan keemasan
dari hiasan tanglung, buah oren dan angpow serta bunyian mercun itu.
Yang DiPertua PAS Paya Besar, Ustaz Mohd
Tarmizi Yahaya sendiri meluangkan masa menyampaikan bungkusan pulut
kuning bersama ayam masak rendang kepada penduduk Cina di Taman Tas, di
sini semalam.
"Setiap tahun kami akan melakukan
perkara yang sama untuk perayaan Tahun Baharu Cina di sini untuk
sama-sama merayai. Dan kenapa pulut kuning dan bukannya buah limau
seperti biasa?
"Kerana orang Cina amat suka pulut
kuning yang dibuat oleh orang Melayu dan inilah tandanya kita berada
dalam masyarakat yang majmuk dan saling memahami antara satu sama lain,"
ujarnya.
Pulut kuning tersebut disediakan oleh
ahli PAS Taman Tas, manakala rendang ayam oleh ahli PAS Kampung
Panching, selain kad ucapan Tahun Baharu Cina juga diberikan.









Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.