Pengumuman Rafizi ada kaitan krisis keyakinan PH?
KUALA LUMPUR: Pengumuman Ahli Parlimen Pandan,
Rafizi Ramli bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRU14 bukanlah
sesuatu mengejutkan setelah sedia dimaklumi hukuman mahkamah yang
dijatuhkan atasnya.
Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, namun reaksi Rafizi itu membayangkan krisis keyakinan PH yang sebenarnya serba tidak berkemampuan dalam PRU nanti.
Menurutnya, Rafizi juga bagaikan sudah membakulsampahkan kajian Invoke di bawah kelolaannya yang selalu mengutarakan kononnya PH akan menang pada PRU nanti.
"Apapun, rakyat Malaysia sudah mual dan muak dengan ahli politik yang sering menipu dan memfitnah demi survival politik mereka.
"Kecenderungan rakyat semakin menampakkan perubahan terhadap stigma mereka kepada politik. Kini rakyat mahu ahli politik yang matang dan sejahtera," ujarnya.
Rafizi dalam sesi Sidang Dewan Rakyat semalam mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRU14 nanti. -Harakahdaily

Tiada ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.